23 Jun 2015, Shah Alam : Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dilaporkan bertemu dengan
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam dan mengadakan
perbincangan dengan baginda selama hampir sejam, berkemungkinan
berkaitan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat kini.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, Azmin sebelum itu hadir di Istana
Bukit Kayangan bagi mengiringi baginda sempena istiadat penyerahan
watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Selangor; Hakim Mahkamah Rayuan
Syariah Selangor; Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan para
Pendaftar serta Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Azmin kemudiannya menghadap dan mengadakan perbincangan hampir satu jam
dengan Sultan Selangor selepas istiadat tersebut selesai kira-kira pukul
12 tengah.
Akhbar itu bagaimanapun mengatakan tidak pasti sama ada perbincangan
tersebut melibatkan isu politik semasa yang melanda pakatan pembangkang
ketika ini atau sebaliknya.
Azmin pada 18 Jun lalu menegaskan bahawa tidak wajar pihak istana diheret dalam kemelut yang melanda gabungan pembangkang itu.
Kenyataan Azmin itu sekaligus menyangkal kenyataan Naib Presiden PKR,
Rafizi Ramli yang sebelum itu memaklumkan beliau akan mengadap Sultan
Selangor bagi menjelaskan situasi politik terkini PR khususnya di
Selangor.
Tegas Azmin lagi, pertemuan dengan dengan Sultan adalah perkara biasa yang dilakukan secara berkala setiap minggu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:
Post a Comment