Tuesday, June 23, 2015
Mahu Ker Kita Menjadi Indonesia.....Pelakon Laskar Pelangi Murtad, Peluk Agama Kristian
Negara Islam paling ramai di dunia tetapi ajaran pelembangaan
"LIBERAL" hak sama rata dan Bebas nak masuk apa apa agama.Mahu kah
Malaysia menjadi seperti ini...?
Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi mengumumkan keputusannya untuk memeluk agama Kristian sekaligus keluar daripada Islam.
Pengakuan pelakon berusia 43 tahun itu dapat ditonton di saluran YouTube sejak dimuat naik bermula 24 Mei lalu.
Lukman menceritakan hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.
“Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu,” ujarnya.
Menurut beliau keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak
termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia
adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun.
Lukman merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris
Sardi. Hasrat Lukman untuk menukar agama turut dimaklumkan kepada arwah
bapanya semasa beliau masih hidup.
“Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang
alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan
sendiri,” tambahnya.
Lukman terkenal kerana sering melakonkan watak seorang Islam yang alim
seperti filem Sang Pencerah. Antara filem-filem lain lakonannya adalah
Laskar Pelangi, Soekarno: Indonesia Merdeka, Merah Putih dan Janji Joni.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment