EDITOR MENULIS...
25 JUN 2015
G18,
atau kumpulan 18 yang tewas pada pemilihan PAS bulan lepas memang
terkenal dengan “hubungan akrab serta kemesraan” mereka bersama DAP.
Malah, calon bertanding jawatan Presiden, Ahmad Awang sendiri pernah
berkata tidak kisah dilabel “proksi DAP”, seperti yang dilaporkan sebuah
portal pro Pakatan Rakyat sebelum ini.
Bagi golongan berkecuali dan celik
politik, dominasi DAP ke atas watak-watak yang juga disebut Anwarinas
ini sangat jelas, dan tidak boleh dinafikan dalam apa jua hujah.
Sehinggalah kekalahan mereka baru-baru ini, semuanya semakin jelas,
nyata dan terang.
Dari PasMa, kemudian wujud pula G18 yang
sedang mengatur siri jelajah untuk kononnya menilai paras sokongan
rakyat. Apakah benar demikian? Firasat saya, G18 sangat licik,
apabila masih belum mufarakah dari PAS.
Pertama, jika paras sokongan “rakyat”
sekadar ala kadar, maka mereka akan terus bersama PAS. Gaya “kondom
politik” , kerana khuatir akan sentuhan kecundang lantas menamatkan
karier politik mereka.
Kedua, G18 masih lagi bergerak atas
kapasiti ahli PAS, dan seperti yang terbukti pada program Malam Jasamu
Dikenang di Bakri, Muar, apabila khalayak yang hadir adalah dari
kalangan ahlul dan penyokong PAS. Adalah lebih mudah menarik khalayak,
berbanding berstatus “bukan ahli PAS”. Berstatus ahli PAS, dan
sasarannya ialah PAS.
Nampaknya cita-cita DAP untuk menguasai
PAS bakal diteruskan oleh entiti-entiti yang lahir dari dalam PAS
sendiri. PASMA telah bersetuju dengan penubuhan sebuah parti Islam baru,
dan Mat Sabu telah diberi penghormatan oleh PasMa untuk mengetuainya.
Malaysiakini pula melaporkan parti Islam yang bakal ditubuhkan itu akan
menganggotai gerakan baru yang diwujudkan oleh DAP.
Nama parti Islam, tetapi sertai gerakan
oleh DAP. Bukankah ia bermakna DAP akan mengepalai? Persis apa yang
terjadi di dalam Pakatan Rakyat, kan?
Setelah gagal total untuk “hijack” PAS
dari dalam, usaha tersebut bakal dilipatgandakan dari luar pula. Sasaran
utamanya tetap PAS.
“Tak dapat kuasai PAS, pecahbelahkan mereka”. Dahsyat permainan chauvinist.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment