Wednesday, June 24, 2015

MBPP Sekadar Alat Halalkan Matlamat Sebenar Dap Di P. Pinang

24 Jun 2015, Bukit Bendera : Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata kerajaan Dap Pulau Pinang hanya menjadikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai alat untuk menghalalkan perbuatan rakus mereka merobohkan struktur logo UMNO baru-baru ini.

Hakikatnya jelas beliau kerajaan Dap Pulau Pinang sememangnya mengamalkan politik balas dendam, tidak telus malah bersikap rasis dan pilih kasih.

“Jika benar MBPP sekadar menjalan tugas dan peraturan, mengapa masih banyak terdapat papan-papan tanda yang tidak mengikut peraturan malah peniaga-peniaga tepi jalan terutamanya dari kaum-kaum tertentu masih berleluasa melanggar undang-undang.
IMG-20150619-WA007
“Jika hendak mengambil tindakan, lakukan dengan adil dan kepada semua… bukan hanya kepada UMNO. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa MBPP hanyalah alat yang sentiasa mengikut telunjuk Dap selaku pemerintah negeri. Dap hanya pergunakan MBPP sebagai alat untuk menghalalkan matlamat sebenar mereka untuk menzalimi dan memusnahkan UMNO  ,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan MBPP merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister, di sini Jumaat lepas.

Tambah Jahara, kerajaan Dap Pulau Pinang sejak mula mentadbir negeri ini mengamalkan pentadbiran angkuh, putar belit dan tidak adil kerana sentiasa menggunakan kuasa untuk menekan pihak yang dirasakan tidak menyebelahi mereka.

“Sebagai contoh kontraktor-kontraktor di negeri ini, mereka mengeluh kerana di senarai hitamkan hanya kerana mereka itu dikatakan menyokong BN. Adakah ini adil? Masa kita memerintah dahulu, kita tidak menzalimi rakyat.

“Semua orang mendapat peluang tidak kira mereka itu penyokong BN atau tidak. Inilah beza antara pembangkang dan BN. Kita bertindak secara profesional dan mengutamakan rakyat,” ujarnya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment