24 Jun 2015, Bangi : Sebagai seorang Islam yang sudah mencapai usia emas, Datuk
A Samad Said sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan, bukannya
dengan memilih menyertai DAP, kata Presiden Ikatan Muslim Malaysia
(ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Abdullah berkata, sasterawan negara itu yang lebih dikenali sebagai Pak
Samad, patut berfikir akibat pilihannya terhadap kehidupan selepas mati.
“Dalam usia yang dah cecah lebih 80an, orang fikir nak mati dengan
husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Pilih untuk kembali kpada jalan
hidayah dan petunjuk bukan masuk dalam kesesatan DAP.
“Semua orang yang ada asas agama tahu bahawa perjuangan DAP bukan jalan
hidayah, tetapi hanyut dengan fahaman liberalisme sekular, menyebabkan
lahir di kalangan umat Islam individu dan puak yang bertindak tanpa
ambil kira halal haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pak Samad yang
mendakwa telah membuat pilihan tetap dengan menyertai DAP itu.
Ketika mengumumkan kemasukannya ke dalam parti cauvinis di Kelantan
minggu lalu, Pak Samad berkata DAP adalah satu-satunya parti yang berada
di landasan betul kerana memperjuangkan kesamarataan sebagai rakyat
Malaysia.
Pak Samad juga berkata, keputusan untuk menyertai DAP itu dibuat selepas berfikir lebih dua tahun.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:
Post a Comment