Tuesday, June 23, 2015
Roboh 1 UMNO, 10 UMNO Akan Dibina Di Negeri Guan Eng!!
Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang tindakan Kerajaan DAP Pulau
Pinang yang merobohkan struktur tulisan "UMNO" di tepi Jalan Macalister
yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi dan menyalahi undang-undang di
negeri itu.
Difahamkan menerusi media, notis MBPP menyatakan kesalahan UMNO adalah
kerana "sengaja mendirikan struktur pembinaan secara haram yang saiznya
berukuran lebih kurang 10 x 12 kaki" dan "menyalahi Seksyen 70
undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan" itu.
Itu kata MBPP, pihak yang bertindak. Tapi apa pula kata pemilik struktur
tulisan "UMNO" itu? Untuk berlaku adil, kita perlu dengar dari kedua
belah pihak bukan?
Tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin
Osman, tindakan MBPP itu adalah satu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab di mana pihak berkuasa itu tidak mengikut prosedur di
bawah Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Menurut beliau, Seksyen 72 (6) Akta 133, telah termaktub dengan
terperinci bahawa apa-apa bangunan yang berpunya sama ada struktur yang
menjadi sebahagian daripada bangunan yang ada pemilik, sekiranya MBPP
mendapati ia tidak mematuhi apa-apa peraturan, maka hendaklah diberi
notis selama 30 hari untuk pihak pemunya bangunan melakukan tindakan
sesuai untuk memulihkan keadaan mengikut prosedur.
Beliau menjelaskan bahawa pihaknya sedang dalam proses berunding untuk
mendapatkan permit dari MBPP bagi struktur berkenaan dan mahu
menyerahkan dokumen berkaitan yang diperlukan.
Jadi, penulis simpulkan bahawa MBPP mungkin telah mengabaikan prosedur
tersebut dan tidak mematuhi syarat notis yang sewajarnya memberi tempoh
30 hari sebelum bertindak terhadap pelanggaran peraturan itu. Itu dari
sudut teknikalnya.
Hairan benar penulis. Apa sangatlah yang ditakutkan DAP pada struktur
tulisan UMNO itu? Apakah dengan wujudnya tulisan itu maka ia akan
menjatuhkan kerajaan DAP keesokan harinya? DAP paranoid dengan tulisan
"UMNO"?
Pada pandangan penulis, inilah jadinya bila DAP berkuasa. Diikut
betul-betul cara "abang"nya, PAP yang memerintah di Singapura. Kalau ada
pihak yang dilihat mampu menggugat kuasanya, akan cuba dihapuskan
segera walau sekecil manapun ancaman tersebut.
Mungkin "gentar" dengan tulisan "UMNO" di tengah bandaraya "milik" DAP
itu, maka segeralah mereka tunjuk kuasa, merobohkan apa yang mereka
mampu. Jika boleh dimanipulasi undang-undang, bangunan ibu pejabat UMNO
Pulau Pinang pun mereka mahu robohkan kalau boleh, kan?
Penulis ingin bertanya, apakah pandangan dan perasaan DAP jika UMNO
ranapkan seluruh struktur, lambang, papantanda, premis mahupun bangunan
yang bertulis DAP atau Pakatan Rakyat jika menyalahi undang-undang walau
sekecil kuman pun sekali, setuju?
Penulis yakin, sekiranya tindakan itu dilakukan oleh Barisan Nasional
(BN) terhadap DAP atau mana-mana parti pembangkang, maka BN akan dituduh
sebagai penakut, paranoid, zalim, tidak demokrasi dan pelbagai kata
nista akan dilemparkan.
Soalnya, bila DAP bertindak begitu, mengapa DAP tidak mengherdik diri
sendiri? Mengapa PKR jadi "bisu"? Takut dipecat Guan Eng sebagaimana
yang berlaku pada pemimpin PAS di Pulau Pinang? Takut hilang jawatan?
Ini kerajaan Pakatan Rakyat atau "Pakatan Jawatan"?
Begitulah "demokrasi ala-ala DAP". Mereka buat boleh, orang lain tidak
boleh. Mungkinkah DAP belajar dari PAS yang sebelum ini memegang prinsip
"wal halalluku, wal haramu mu,"? Atau memang parti pembangkang ini
semua sememangnya "tidak bertelor"?
Penulis mahu ingatkan DAP di Pulau Pinang bahawa satu struktur "UMNO"
diroboh, maka 10 lagi akan dibina semula. Jika 10 pula diroboh, maka
sedialah menanti 100 lagi struktur tulisan "UMNO" akan dibina.
Tunggu sajalah kebangkitan Melayu Muslim di Pulau Pinang. Guan Eng
pernah "dihalau keluar" dari Melaka suatu ketika dulu dan tidak mustahil
bahawa dia anak beranak akan "dihalau keluar" dari Pulau Pinang suati
ketika nanti. Tunggu sajalah...
Disediakan oleh : Amir Hamzah/Utaranews.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment