Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang
untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.
Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya
menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke
atas DSAI pada 2008.
Perkara ini dibuat atas beberapa sebab;
Pertama,
Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses
perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke
peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk
membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.
Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah. Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.
Kedua,
Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun
dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10
Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang
mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman
lima tahun penjara. Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk
mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi
yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.
Ketiga,
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini
sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak
tertentu.
Sekian kenyataan saya.
Terus Istiqamah,
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah
dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman
terhadap saya pada tahun 2012 “Anwar tarik balik saman terhadap Saiful”
http://www.malaysiakini.com/news/208677 . Saman tersebut difailkan
setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun
sebelum ianya ditarik balik.
No comments:
Post a Comment