Wednesday, August 26, 2015
Al-Kisah Melayu Tanjung, DAP Dan Lupa Daratan.... Jom Baca !!!
Orang Melayu Pulau Pinang bukan simpati pun dengan apa yang berlaku di
Kampung Mutiara. Benarkah? Itu yang saya diberitahu oleh Melayu Tanjung
yang lain.
Sebaliknya orang Melayu masih mengagumi kepemimpinan Lim Guan Eng.
Mereka kata LGE baik. Setiap tahun LGE menaja orang-orang Melayu mengerjakan haji.
Malah derma LGE dihebah-hebahkan kepada jemaah lain di Mekah. Maka orang Melayu lain yang mendengarnya ternganga mulut.
Kumpulan yang naik haji di bawah tajaan kerajaan Pulau Pinang ini
tidaklah sebesar yang dihantar oleh 1MDB, tetapi mereka merata dan
tinggal dengan muassasah yang lain.
Menurut mereka apa yang berlaku di Kampung Mutiara itu kecil sahaja. Demi pembangunan apa salahnya?
Namun percayalah, apa yang berlaku kepada penduduk Kampung Mutiara itu
akan senyap dalam beberapa minggu lagi. Macam Kampung Buah Pala, siapa
yang bercakap lagi?
Macam penduduk kampung di Balik Pulau, siapa peduli lagi?
Alah, orang Melayu Penang ini hingaq depa sat saja.
Kerajaan Pulau Pinang sungguh halus dan kasar cara mereka menangani soal
tanah dan perumahan. Kerajaan BN Pulau Pinang dulu bersopan dan tertib,
tapi itu pun jatuh juga, ditolak oleh orang Melayu Pulau Pinang.
Selangor dan Pulau Pinang sama sahaja senarionya. Kedua-dua negeri itu kaya. UMNO dahulu juga masing-masing kaya.
Oleh itu jangan main-main dengan politik. Rakyat kini bukan rakyat
dahulu lagi. Rakyat dahulu tidak ada media sosial. Rakyat sekarang walau
pun perkara bohong yang dipaparkan kepada mereka, mereka percaya.
Apatah lagi jika perkara yang didedahkan itu benar-benar berlaku.
Nampaknya kerajaan DAP begitu menitikberatkan soal geopolitik atau kawasan geografi politik mereka.
Di Selangor, geopolitik atau kawasan politik orang Melayu juga kini semakin terhakis.
Pemimpin UMNO dahulu juga amat menitikberatkan geopolitik. Ia penting
untuk survival politik mereka. Maka itu rumah-rumah murah diwujudkan di
merata tempat di Lembah Klang dari Datuk Keramat sehingga ke Shah Alam.
Kini Kampung Kerinchi sudah hapus, Kampung Abdullah Hukum sudah hilang,
Datuk Keramat apa sudah jadi, Sentul, Bukit Lanjan semua sudah jadi
terlalu mewah.
Di Shah Alam kemungkinan kekuasaan Melayu akan semakin mengecil. Dahulu
orang lain tidak suka dengan Shah Alam. Kini mereka sudah berpusu-pusu
masuk.
Kononnya ada satu projek kondo di Seksyen 14, Shah Alam (di
tengah-tengah bandar raya) kuota bukan bumi terpaksa ditambah kerana
permintaan yang tinggi.
Kononnya lagi, permohonan pemaju swasta kondo itu yang di JV dengan
sebuah anak syarikat kerajaan negeri, sudahpun diluluskan. Kuota bukan
bumi dinaikkan dan logiknya sudah pastilah kuota bumi pula terpaksa
dikurangkan? Hairan ya, orang Melayu yang mahu membeli di situ
diberitahu “sudah habis”.
Itulah Hakikatnya
Sebaliknya DAP yang mendapat mandat memerintah, sedang melakukan apa
yang dilakukan UMNO pada tahun-tahun 70-an dan awal 80-an dahulu.
Itulah yang berlaku di Pulau Pinang. Mereka sedang melakukan aktiviti pecah dan perintah terhadap orang Melayu di kawasan pulau.
Apa yang pasti tapak Kampung Mutiara itu akan menjadi kondo dan
pangsapuri yang melepasi kemampuan orang Melayu untuk membelinya.
Berbeza dengan rancangan rumah murah di Lembah Klang sekitar 70-an dulu, di Pulau Pinang mereka akan membina rumah-rumah mewah.
Ikut perangkaan yang disiarkan semalam oleh Institut Penyelidikan
Khazanah purata harga rumah di Pulau Pinang mencecah RM300,000.
Bagi saya apa yang dilakukan kerajaan DAP LGE itu betul. Seperti dalam
perlawanan sukan, siapa yang cepat, bijak dan bermain dengan penuh
strategi dia akan menang.
Sebaliknya, siapa yang lupa daratan dan tak sedar diri akan tersungkur.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment