KOTA BARU : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa
meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan
pemimpin kerajaan Kelantan.
Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh
kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan
oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi.
Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada
pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun
kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka
menguruskan negeri itu.
"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru
(Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin,
kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil
menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS
Pusat.
Husam turut menyentuh mengenai Muktamar PAS baru-baru ini apabila berlaku segala bentuk fitnah dan caci-maki di luar adab Islam.
"Apakah pendirian Majlis Syura PAS dan PAS pusat. Adakah ini dibenarkan oleh Islam?
"Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya,
bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?,"
soalnya.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment