Monday, August 03, 2015
Guan Eng Ketawa Bila Diaju Soalan DAP Terima Dana dari Soros
GEORGE TOWN : Setiausaha Agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng sekadar ketawa apabila diajukan pertanyaan apakah benar
partinya menerima dana politik daripada pedagang mata wang dunia, George
Soros.
“Ini bukan sahaja tidak masuk akal tetapi sangat lucu. Macamana harus
saya respon kepada dakwaan yang sangat tidak masuk akal ini," ujarnya
kepada para pemberita di sini, Isnin.
Sebaliknya kata Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony
Loke telah pun memberi respon kepada dakwaan tersebut dan beliau enggan
membuang masa memberi ulasan ke atas perkara yang sama.
Dakwaan berhubung DAP menerima dana politik daripada Soros dibuat oleh
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman
Dahlan.
“Saya tidak mahu membuang masa saya dengan memberi respon kepada isu
ini. Ia sengaja dibangkitkan untuk mengalih perhatian ramai kepada isu
yang lebih besar sekarang (1MDB),” jelas Guan Eng.
Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima
sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika
syarikat iaitu National Endowment for Democracy.
Berhubung gesaan supaya semua parti politik termasuk pembangkang
berterus terang dari mana mereka memperolehi dana politik, Guan Eng
berkata, DAP tidak pernah membangkang cadangan tersebut.
“Kami tidak pernah menolak tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak tidak pernah bawa berbincang dengan kami berhubung perkara ini,"
ujar Guan Eng.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment