Monday, August 03, 2015

Hadi Tak Profesional Saran Ahli PAS Tidak Terlibat Demo - Abdullah Sani

SHAH ALAM : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak profesional apabila menyarankan ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan demonstrasi.

Pemimpin PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika dihubungi Antarapos berkata, Hadi seharusnya memahami rintihan rakyat yang mahukan perubahan dalam sesuatu isu, terutamanya dalam soal pentadbiran negara.

"Jika arahan itu keluar dari Hadi, saya tidak nampak dimana relevannya. Dan saya anggap kenyataannya itu sebagai bukan kehendak dan naluri rakyat.

"Yang pertamanya adalah isu yang dibangkitkan di dalam demonstrasi tersebut. Jika isunya relevan dan perlukan perhatian dari dalam dan luar negara bagi menepati kehendak rakyat, maka ia tak jadi masalah.

"Jika berdemonstrasi sekalipun, tidak pernah berlaku keganasan. Siapa yang buat keganasan? Dalam proses itu saya percaya bahawa himpunan itu adalah tuntutan anak-anak muda untuk melihat sebuah negara yang cemerlang dan kestabilan dari apa yang," katanya.

Terdahulu Hadi dipetik sebagai berkata mana-mana pihak yang menyokong perjuangan PAS tidak boleh membiarkan diri mereka dipengaruhi dakyah pihak tertentu sehingga terbabit dengan keganasan dan bergaduh dengan pihak berkuasa.

Tegasnya apa sahaja masalah yang melanda negara, termasuk politik boleh diselesaikan mengikut syariat Islam.

Malah menyentuh demonstrasi jalanan #tangkapNajib yang dianjur oleh aktivis, Sabtu lalu, ujar Hadi ia hanya akan mengundang keganasan, lebih-lebih lagi apabila adanya provokasi yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment