IPOH : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
meminta rakyat negeri ini memasang Jalur Gemilang di premis, rumah dan
pejabat sempena sambutan Hari Kebangsaaan 2015 sebagai menunjuk tanda
kecintaan kepada negara.
Katanya beliau mendapati Jalur Gemilang kurang dipasang di semua kawasan di negeri ini.
Sempena Hari Kebangsaan yang disambut 31 Ogos ini, rakyat diminta
memasang Jalur Gemilang dan mengibarkannya dengan sebaik-baiknya,
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di
Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Ditanya mengenai jerebu di Seri Manjung yang mencatatkan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 101, Zambry berkata pihak
berkuasa diminta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya keadaan semakin
serius.
“Langkah keselamatan khususnya anak-anak yang bersekolah perlu dilakukan dengan kadar segera,” katanya.
Zambry berkata kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan
kepada kementerian berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya kerana
kedudukan Seri Manjung yang berhampiran laut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment