Dua aktivis pembangkang ditahan selepas selesai mengadakan pertemuan dengan pegawai Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, berhubung satu perhimpunan yang bakal diadakan di ibu negara, petang esok,Sabtu.
Kedua-dua mereka, Adam Adli dan Syukri Razab, ditahan selepas dipercayai melakukan hasutan bagi menentang demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan semasa menghadiri satu perjumpaan di Sri Petaling, baru-baru ini.
Mereka ditahan dan disiasat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.
Perhimpunan yang dilaporkan mempromosi slogan #TangkapNajib, dianjurkan oleh kumpulan anak muda terbabit bagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditahan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Polis semalam merakam kenyataan pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga berhubung kenyataannya dalam satu sidang media berhubung perhimpunan tersebut.
DIsediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment