Monday, August 03, 2015
Mahathir Pelopor Budaya Tak Elok Dalam UMNO...
EDITOR MENULIS...
3 OGOS 2015
Semalam, salah seorang Naib Presiden UMNO mendakwa dirinya sudah penat
dengan budaya "yes man" dan menegaskan bahawa parti itu sudah tidak lagi
relevan untuk meneruskan budaya 'mengangguk' pada apa saja yang
dikatakan Presiden parti tersebut.
Secara jujur, saya bersetuju dengan kata-kata Naib Presiden UMNO
berkenaan dan yakin bahawa ramai lagi warga parti yang menyokong
kata-kata beliau itu. Benarlah bahawa budaya "yes man" sememangnya tidak
patut wjud di dalam UMNO.
Namun, bila beliau mengatakan perlunya budaya itu dihentikan, maka
timbul pula persoalan yang bertanya tentang sejak bilakah budaya "yes
man" itu bermula?
Saya sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk mencari titik
mula bagi budaya negatif yang merugikan itu bertapak di dalam UMNO. Pada
pandangan saya, ia mula berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sendiri.
Pada zaman awal beliau mentadbir negara dulu, boleh dikatakan Tun Dr
Mahathir pada mulanya telah bertindak mengenal pasti pemimpin-pemimpin
UMNO yang sanggup menyebelahi dan setia bersama kem beliau.
Setelah dikenal pasti, maka secara tidak langsung, beliau turut sedar
tentang pemimpin-pemimpin UMNO lain yang enggan berada di dalam kem
politiknya dan mengatur gerakan politik untuk mengambil alih kedudukan
Presiden UMNO yang disandangnya. Itu namanya, musuh politik dalaman.
Maka disebabkan itulah maka wujudnya "team A" dan "team B" di dalam
politik UMNO dahulu, bukan? Malah UMNO dulu pernah senasib PAS apabila
Ku Li yang bertanding jawatan Presiden UMNO telah tewas dan membentuk
parti baru. Ingat lagi Semangat 46?
Setelah berjaya mengenepikan musuh politik dalamannya, maka Tun M mula
memperkukuh kedudukannya di dalam parti dan kerajaan dengan menerapkan
sikap setia padanya. Hasil kempen tersebut, tidak hairanlah ramai yang
terpengaruh dan terus taksub padanya hingga kini.
Itulah 'kehebatan' Tun M yang penulis akui. Namun di sebalik kehebatan
itulah maka lahirnya budaya "yes man" di mana para pemimpin UMNO
terbiasa dengan budaya 'menggangguk' pada apa saja yang beliau katakan,
jika mahu karier mereka 'selamat'.
Bagi mereka yang tetap mahu menyanggah atau tidak bersetuju, maka mereka
akan digugurkan dari jawatan kabinet kerajaan. Setelah berkuburnya
karier di dalam kabinet, pemimpin tersebut akan pastikan turut
'terbenam' di dalam UMNO hingga hilang pengaruhnya untuk bangkit
menyanggah kedudukan Tun M sebagai Presiden parti. Contohnya, Ku Li dan
ramai lagi.
Pada pandangan saya, sejak itulah budaya "yes man" berkembang pesat
dan menjadi amalan di dalam UMNO. Memandangkan Pak Lah tidak memiliki
kekuatan "yes man" yang ada pada Tun M, maka begitu mudah sekali beliau
'diturunkan' dari jawatan tersebut.
Paling signifikan, Pak Lah 'diturunkan' oleh Tun M menerusi kelebihan
"yes man" itu sendiri di mana mereka yang taksub pada beliau telah
dipergunakan untuk mendesak Pak Lah meletak jawatan.
Hasilnya, berlaku
peralihan kuasa.
Dengan kuasa "yes man" itulah juga Tun M menamakan Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai pemimpin paling sesuai untuk menggantikan Pak Lah sebagai
Perdana Menteri. Maka ramailah ketika itu yang meskipun "no" pada Najib
telah sanggup berubah menjadi "yes" pada pilihan Tun M ketika itu.
Dan kali ini, Tun M sekali lagi cuba mengenakan Presiden UMNO dengan
pengaruh "yes man"nya itu? Malangnya, saya dapati bahawa Najib bukan
Pak Lah, dan beliau jauh lebih bijak berbanding bapa mertua Menteri
Belia dan Sukan itu...
Dan kini, saya berpandangan bahawa Najib sedang mengikut jejak
langkah Tun M dengan mengenal pasti pemimpin UMNO yang sanggup berada di
dalam kem beliau, dan ternyata beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga
seolah bercita-cita untuk merebut kedudukan Najib sebagai Presiden dan
Perdana Menteri.
Najib bertindak dengan menggugurkan pemimpin-pemimpin "gunting dalam
lipatan" itu dalam rombakan kabinet baru-baru ini. Gerak yang sama
dengan Tun M, cuma beliau menggunakan langkah yang berlainan sahaja.
Hasilnya tetap sama, bukan?
Apa yang jelas, Najib bukanlah seorang yang menggalakkan budaya "yes
man" di dalam UMNO kerana budaya kuku besi dan 'syok sendiri' itu tidak
sesuai diamalkan di dalam parti tersebut di zaman ini. Lagipun, beliau
bukan Tun M. Beliau hanya anak didiknya sahaja...
Dan kini Naib Presiden UMNO yang gugur itu berkata soal "yes man" seolah
mempersoal pihak yang setia pada Najib? Apakah dia tidak sedar bahawa
dia sendiri yang mengamalkan budaya "yes man" itu selama berdekad-dekad
terhadap Tun M dulu hingga kini?
Nampak sangat Naib Presiden itu 'bengang' digugurkan dari jawatan
Menteri, bukan? Hendak dicakap terang-terang tentang kekecewaannya
hilang jawatan Menteri, takut pula nanti nampak seperti beliau 'gila
jawatan'. Maka beliaun pun cuba menyerang balas dengan cara menyindir?
Maaf cakaplah. Memang tiada pun budaya "yes man" di dalam pentadbiran
Najib. Maka sebab itulah ramai Menteri atau MT UMNO yang diberi peluang
bersuara bertanya pelbagai perkara kepada Najib sejak beliau menjadi
Presiden dan Perdana Menteri.
Malah dalam siri-siri penjelasan, forum, dialog dan sebagainya, Najib
sentiasa terbuka dan sedia menjawab segala persoalan yang dilontarkan.
Malah sejak dituduh sebagai pembunuh Altantuya ketika beliau menjadi
Timbalan Perdana Menteri pun, Najib telah bersikap sedemikian hingga
kini.
Mungkin bagi sesetengah orang ia dilihat sebagai 'lemah' dan tidak
sekuat Tun M dulu. Namun ia membuktikan Najib tidak mengamalkan budaya
"yes man" sebagaimana yang diamalkan pemimpin sebelumnya, bukan?
Jadi, tepatlah tindakan Najib menggugurkan Naib Presiden UMNO berkenaan
dari kabinet berkenaan. Sekurang-kurangnya, hilang satu 'duri dalam
daging'.
Paling sadis, Najib sempat menyindir kembali Naib Presiden UMNO itu.
Kata beliau, jika tidak mahu "yes man" pun, beliau tidak kisah. Namun
jika tidak mahu "yes man", janganlah jadi "no man", kan?
Hinggakan perkara yang belum pasti dan dalam siasatan pun hendak
dihukumnya Najib seperti orang yang bersalah? Naib Presiden UMNO apa
begini? Sikapnya macam Naib Presiden GHB saja, kan? #MohonTerasa Naib
Presiden itu...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment