Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan jawatannya dalam
pentadbiran kerajaan masih setia kepada parti tidak seperti Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Reezal berkata, walaupun Muhyiddin digugurkan dari jawatannya dalam
pentadbiran, Muhyiddin masih setia bersama parti untuk sama-sama
berjuang
Tindakan Muhyiddin tidaklah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
digugurkan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri,
yang melakukan onar dalam parti sehingga mempecah-belahkan ahli-ahli
parti.
Katanya, Muhyiddin meletakkan kepentingan parti lebih penting dari kepentingan jawatan berbanding Anwar.
"Tan Sri Muhyiddin juga akur, taat setia kepada parti dan bukanlah
seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah melakukan onar dalam parti
kita," kata Reezal Merican ketika merasmikan mesyuarat Umno Ipoh Barat.
Beliau yang mengulas mengenai rombakan Kabinet berkata, semua ahli parti
perlu menyokong keputusan perdana menteri, memandangkan keputusan yang
dibuatnya demi memperkukuhkan lagi pentadbiran kerajaan.
Oleh itu, Reezal menggesa kepada semua ahli supaya menyokong kepimpinan
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghormati keputusannya.
"Saya mengambil ketetapan rombakan Kabinet itu adalah hak perdana
menteri dan tidak boleh dipertikai. Beliau melihat kepada kemaslahatan
lebih besar dan perlu kita letakkan ketaatan selagi mana perkara itu
membawa kebaikan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment