Wednesday, August 26, 2015
Nasiblah Rakyat Selangor Yang Menyokong PKR dan DAP... Lama-Lama Kena Kencing Jugak
Nampaknya, kerajaan PKR Selangor akan menggunakan taktik yang sama
digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu air iaitu menyalahkan
rakyat!
Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menaikkan kadar tarif air
sebanyak 16.7 peratus tatkala GST diperkenalkan, satu taktik yang cuba
mengalih perhatian rakyat daripada mempersoalkan kenaikan tersebut.
Ianya ternyata telah mengengkari manifesto pakatan pembangkang
sebagaimana yang tercatat dalam Buku Jingga yang berjanji untuk
menurunkan caj air kepada rakyat.
Yang disalahkan ialah rakyat kerana didakwa membazir air. Begitu mudah mereka menuduh rakyat.
Begitu juga dengan Azmin Ali seperti yang dilaporkan di dalam media. Di antara laporannya:
Dengan kadar kos RM120 juta hingga RM150 juta setahun, beliau mengakui
ia jumlah yang besar apabila rakyat sewenangnya melakukan pembaziran.
Media juga melaporkan kenyataan Azmin yang menyarankan penduduk Selangor
mengguna pakai ‘teknologi sedia ada’ dalam menguruskan penggunaan air.
“Kita ada konsep dan tenologi lain untuk siram pokok, basuh kereta
dengan menggunakan air hujan, tetapi konsep ini belum lagi digunakan
rakyat Selangor maka ia perlukan kempen kesedaran.
“Dan ini sedang diteiliti untuk mendidik rakyat Selangor dan beri
kesedaran kepada mereka supaya berjimat cermat serta pada masa sama
menggunakan teknologi terkini untuk menakung air hujan bagi kegunaan
lain,” katanya lagi.
Takung air hujan untuk basuh kereta?
Nak tergelak pun ada apabila Azmin Ali mensyorkan kaedah menakung air
ini. Bukan apa, statistik sehingga 8 Ogos lepas menunjukkan bahawa
sebanyak 1,336 kes denggi dicatatkan di Selangor menjadikan keseluruhan
kes denggi di negeri itu berjumlah 41,223 kes dengan 92 kematian. Jika
air tidak ditakung dengan betul, risau kes denggi akan meningkat lebih
tinggi dan Azmin terpaksa turun ke dalam longkang dengan lebih kerap.
Dan cuba kita fikirkan jika kenyataan ‘takung air untuk basuh kereta’
ini disebut oleh Menteri atau pemimpin UMNO, yakin portal-portal
pro-pembangkang akan menyerang habis-habisan Menteri atau pemimpin UMNO.
Dapat mengagak tajuk portal-portal pro-pembangkang adalah ‘Menteri syorkan tadah air hujan untuk basuh kereta.’
Sudah tentu laporan portal pro-pembangkang akan menokok tambah serta
memutarbelitkan kenyataan asal supaya mendatangkan kemarahan rakyat .
Bukan itu sahaja, balaci-balaci pro-pembangkang akan mengherdik dan
menghina menteri atau pemimpin UMNO tanpa belas kesihan.
Tetapi hakikatnya, Azmin Ali dari PKR yang mensyorkan supaya air hujan
ditakung untuk basuh kereta dan siram pokok. Jadi, tidak mungkin
portal-portal pro-pembangkang akan memainkan isu ini kerana kita tahu
sikap hipokrit portal-portal tersebut.
Nampaknya, Azmin Ali benar-benar tidak boleh tidur apabila berdepan
dengan banyak isu yang mempertikaikan kredibiliti beliau dan kerajaan
Pakatan. Selain daripada isu air, Azmin Ali berdepan dengan skandal DEIG
yang sangat mencurigakan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment