Sikap berdiam diri Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP
Selangor, Tony Pua berhubung kontroversi penubuhan Darul Ehsan
Investment Group (DEIG) menimbulkan tanda tanya.
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)
Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, ini kerana kedua-dua mereka
sering lantang mempersoalkan amalan integriti, ketelusan dan
akauntabiliti pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
"Kita mengajak Rafizi, Tony untuk sama-sama merungkai kebimbangan ini.
Sehingga saat ini, tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka
terhadap isu DEIG.
"Mereka selalu bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian,” katanya.
Baru-baru ini, sebuah portal berita mendedahkan rekod terkini
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai
RM2 dalam DEIG dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi (COO)
MBI, Soffan Afffendi Aminuddin.
Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan
struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan
DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menjelaskan, pelantikan kedua-dua
individu terbabit juga dipersoalkan kerana tidak dilakukan melalui
proses lantikan terbuka.
"Adakah CEO dan COO ini mempunyai rekod perkhidmatan terbaik seperti diuar-uarkan oleh Menteri Besar?”
Rasanya, kita sudah tahu jawapannya. Rafizi dan Tony Pua tidak mungkin
akan membuka pekung kawan politik mereka. Sikap hipokrit pemimpin
pembangkang ini tidak mengejutkan. Malah, seperti dijangkakan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, DS Reezal Merican Naina Merican pula
berkata, Tony sebelum ini 'cukup bersemangat’ dan bersungguh-sungguh
dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekali gus perlu
melakukan perkara sama dalam kes DEIG.
“Saya yakin beliau akan dapat melakukan perkara yang sama lebih-lebih
lagi ini melibatkan dana berjumlah RM30.3 bilion,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penghantaran kumpulan
pertama sebanyak 277 jemaah haji dari negeri ini, Kedah dan Perak di
Hotel Tabung Haji di sini hari ini.
Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar
Selangor (MBI), Faekah Husin mempersoalkan kemampuan syarikat berkenaan
untuk menjana keuntungan besar kerana perlu membayar cukai kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didaftar.
Isu berkenaan mula tercetus selepas beberapa wakil rakyat termasuk
daripada DAP ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini
mendesak supaya penubuhan syarikat berkenaan dikaji semula atas beberapa
faktor.
Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, siasatan itu
penting bagi rakyat khususnya masyarakat Selangor memandangkan
melibatkan khazanah dan wang negeri berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan PKR Selangor akan menunjukkan ketelusan dan kejujuran dalam menguruskan dana tersebut.
Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, kerajaan PKR Selangor perlu
bersikap telus dalam isu berkenaan kerana melibatkan kepentingan
rakyat.
"Saya yakin Tony akan melakukan apa yang sepatutnya dan tidak wajar ada
pilih kasih kerana syarikat berkenaan berkaitan dengan kerajaan negeri,”
katany.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment