Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM),
yang beberapa pegawainya sedang berhadapan siasatan pembocoran dan
pemalsuan dokumen, mengeluarkan kenyataan mengesahkan sejumlah RM 2.6 Bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan dari 1 Malaysia Development
Berhad seperti yang didakwa.
Sungguhpun kita menerima kenyataan SPRM ini, namun apakah siasatan
mereka tidak tercemar dengan tindakan beberapa pegawai dan Timbalan
Pendakwaraya mereka yang sedang disiasat Polis?
Apakah keputusan dan
fakta RM 2.6 bilion tersebut sudah sah atau telah tercemar oleh beberapa
orang pegawai mereka?
Kita tertanya-tanya darimana datangnya angka RM 2.6 bilion ini? USD
700 juta pada 2013 tidak memungkinkan angkanya ialah RM 2.6 bilion dalam
akaun Perdana Menteri pada 2013.
Kita faham SPRM tidak boleh mendedahkan sumber penyumbang kepada
umum. Nmaun SPRM perlu menjelaskan berapa banyak transaksi dan akaun
yang menghasilkan RM 2.6 bilion itu.
Apabila Wall Street Journal dan Pakatan Rakyat menuduh Mohd Najib
mengambil sejumlah USD 700 juta milik 1MDB ke dalam akaunnya, beliau
menulis, “Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil
dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Surat peguam tersebut meminta
Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan
laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana AS$700 juta
milik 1Malaysia Development Berhad.”
Mohd Najib juga dalam perjumpaan dengan Majlis Tertinggi UMNO
mengakui menerima dana untuk pilihan raya tetapi menafikan menerima dari
1MDB atau menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadinya. Mohd
Najib juga tidak pernah memaklumkan berapa jumlah dana tersebut kepada
mereka.
Mungkin beliau sendiri tidak pasti jumlah dana tersebut dan
perbelanjaannya, lalu mengarahkan pasukan khas menyiasat akaun tersebut.
Semalam Mohd Najib sendiri bersedia mengumumkan senarai penyumbang
Pilihan Raya Barisan Nasional sekiranya semua parti politik bersetuju.
Selagi parti lain tidak bersedia mendedahkan sumbernya tiada sebab Barisan Nasional perlun mendedahkan.
Garis sempadan di sini ialah:
1. Mohd Najib tidak pernah menafikan akaun tersebut bukan milik beliau.
2. Mohd Najib tidak pernah menafikan beliau tidak menerima sebarang dana melalui akaun tersebut.
3. Mohd Najib hanya menafikan beliau menerima wang 1MDB seperti mana yang didakwa oleh WSJ, Tun Mahathir dan Pembangkang.
Lebih utama siasatan SPRM mendapati tiada wang 1MDB atau mana-mana
pihak yang berunsur rasuah dikesan menyumbang ke dalam akaun Perdana
Menteri untuk pilihan raya ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment