Monday, August 03, 2015

Semua Ahli Perlu Genggam, Hayati Slogan “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” UMNO

3 Ogos 2015, Jerlun : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, semua ahli UMNO perlu kembali kepada asas slogan parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ bagi memastikan parti keramat UMNO terus kukuh dan menjadi pilihan rakyat.
PM Sokong
Ujarnya, beliau percaya ahli UMNO yang jitu akan terus menjaga dan berkhidmat untuk parti dan bukannya memecahbelahkan parti.

“Kita kena ikhlas.. kita kena bersatu demi parti. Kita kena bersetia dan kesetiaan kita bukanlah kerana kita mahukan sesuatu. Kita juga perlu memberi khidmat yang diamanahkan dan khidmat kita bukanlah untuk mendapat balasan.

“Jika ini kita dapat lakukan maka sudah pasti tidak ada anasir jahat yang mampu memecahkan parti kita.

“Kita perlu buang budaya kipas mengipas untuk naik dan jangan fikir masuk UMNO untuk mendapat balasan. Jika inilah yang kita amalkan maka sudah pasti parti yang kita sayang ini akan musnah malah mereka yang tidak bertanggungjawab akan mudah mengambil kesempatan ke atas parti UMNO,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Osman yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun, beliau amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang meminta semua ahli UMNO mengetepikan budaya politik ‘sate’ yang boleh memecahbelahkan perpaduan parti.

“Oleh kerana itulah, kita perlu kembali kepada asas. Sekiranya kita faham maksud slogan UMNO maka tidak ada masalah untuk kita mengukuhkan perpaduan dalam parti seterusnya menjadikan UMNO parti yang dihormati.

“Janganlah kerana perkara kecil maka perjuangan asas parti dilupakan,” katanya lagi. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment