EDITOR MENULIS...
26 OGOS 2015
Saya tidak pasti Bersih mana satu
tapi masih segar di ingatan saya tindakan perusuh dalam demonstrasi
tersebut lari berlindung ke dalam sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur
hampir menyebabkan krisis kemanusiaan bila ada dakwaan polis menembak
gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.
Yang buat cerita itu adalah doktor pro Pakatan yang bekerja disitu.
Sekarang penganjur Bersih ambil langkah
berani setapak lagi bila berpakat dengan gereja dalam kawasan laluan
demonstrasi itu nanti untuk menawarkan perlindungan sekiranya polis
mengambil tindakan balas dari kekacauan yang bakal mereka lakukan.
Peliknya tu, dah banyak kali demonstrasi
haram sebelum tak pulak gereja menawarkan perlindungan sekali letaknya
betul-betul di tempat ia berlangsung, kali ini pulak dia tetiba tawarkan
diri. Adakah ini ada kena mengena dengan pilihanraya negeri Sarawak
yang bakal berlangsung tidak lama lagi?
Faham sajalah di Sarawak, penganut
Kristian hampir bentuk majoriti disitu dan isu-isu macam ini memang
cepat sentuh sensitiviti mereka, sekalipun penulis difahamkan mazhab nya
tu lain.
Nanti senanglah nak kata polis dan
kerajaan BN menganggu rumah ibadat dan seterusnya kebebasan beragama
kan? Boleh jadi isu hangat dalam pilihanraya tu.
Ini pada saya dah terlalu melampau.
Siasatan dan tindakan perlu diambil kepada semua yang terlibat.
Saya secara peribadi tak nampak motif lain kenapa menawarkan gereja
jadi tempat perlindungan ini melainkan seperti yang disebutkan di atas.
Fikirkanlah bersama...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment