Wednesday, August 26, 2015
Tolonglah Beri Mahathir Fakta Yang Betul
1. Tulisan terbaru Tun Mahathir bertajuk “THE 2.6
BILLION DONATION?” menyarankan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan
penyokongnya perlu berhenti meyakinkan rakyat bahawa RM 2.6 B adalah
derma. Kata Dr Mahathir tiada sesiapa pun akan percaya.
2. Sebenarnya ramai yang percaya kerana tidak ada penjelasan lain
yang logik untuk jumlah tersebut. Jika Tun Mahathir menyatakan ia bukan
derma, beliau perlulah memberi bukti apakah projek kerajaan yang
memungkinkan Mohd Najib mengaut rasuah sebanyak itu.
3. Dr Mahathir juga menyatakan “Explaining that it was given because
of Malaysia’s stand against the Islamic State is absurd as the Islamic
State showed their brand of terrorism only in 2014 whereas the money
came in in 2013 or before.”
4. Adakah Mahathir mendengar Mohd Najib meneyebut menyebut ISIS/IS
atau ia merupakan tafsiran pemimpin UMNO tertentu mengenai penerangan
derma politik dari Timur Tengah. Mungkin PM berkata ia merupakan sebagai
sumbangan kerana menghargai peranan Malaysia dalam keamanan dunia Islam
dan pemimpin terbabit mentafsirkan sebagai menghalang ISIS.
5. Tapi andainya itu benar, para pembantu Mahathir sepatutnya membuat sedikit penyelidikan di wikipedia
sahaja sudah tahu bahawa Islamic State ini sudah muncul sejak 2006.
Malang sekali Tun Mahathir menggunakan gosip-gosip politik murahan di
Facebook untuk dijadikan rujukan.
5. Dr Mahathir bertanya, “Why 700 million dollars? Surely it is too
big for the needs of Malaysian elections, except if it is to bribe the
Malaysian electorate. Why should anyone want to bribe the Malaysian
electorate so Najib would win. Malaysians have supported the BN without
the need to be paid huge bribes by anyone, least of all by foreigners.”
6. Sumbangan pelobi politik antarabangsa kepada negara tertentu atau
parti tertentu bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi memastikan
kepentingan mereka terjaga terutamanya membabitkan politik antarabangsa.
Jika ada hartawan Arab mahu menderma atau membantu UMNO kekal
memerintah kerana kepentingan ideologi dan hubungan baik ia bukanlah
luar biasa.
7. Adakah Mahathir sendiri berani bersumpah Barisan Nasional dan UMNO
di bawahnya tidak pernah menerima sumbangan beratus juta dari jutawan
tertentu dalam negara? Sumbangan mereka ini lebih bahaya kerana mereka
mempunyai kepentingan perniagaan yang jelas dengan Mahathir.
8. Apabila bersara Mahathir menyerahkan 200 juta kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ini bakinya. Berapa banyak yang
dibelanjakan oleh Mahathir dalam pilihan raya 1999? Dari mana datang
wang tersebut? Apakah jumlah yang dipegang Mahathir dalam pilihan raya
1999?
9. Mahathir membuat kenyataan seolah-olah jika benar wang tersebut
digunakan untuk pilihan raya, maka ia merupakan cubaan merasuah
pengundi. Dalam kamus politik Mahathir beliau sahaja suci, apa orang
lain buat semuanya kotor dan hina.
10. Mahathir perlu bezakan antara rasuah politik iaitu memberi wang
untuk setiap undi, dengan perbelanjaan pilihan raya untuk program,
bantuan orang miskin, kos publisiti, bayaran jentera dan lain-lain.
Mahathir boleh membezakannya semasa beliau Perdana Menteri dan terdesak
untuk menyekat Anwar Ibrahim, tetapi buat-buat bodoh sekarang ini kerana
mahu menjatuhkan Najib.
11. Mahathir juga mencabar Timbalan Perdana Menteri mendedahkan siapa
penderma tersebut dan perincian transaksi. TPM tidak ada keperluan dan
kewajipan mendedahkan sumber wang tersebut selagi penderma tersebut mahu
kekal tanpa dikenali. Sudah tentu orang yang menderma wang berbilion
ringgit ini perlu berhati-hati agar beliau tidak menjadi mangsa pihak
lain sama ada yang anti-Malaysia atau anti-UMNO sendiri.
12. Apakah jika diberi semua perincian ini Mahathir akan
tutup mulut dan berhenti membuat kenyataan karut marut untuk menjatuhkan
Mohd Najib? Pastinya tidak. Mahathir seorang keras hati yang tidak akan mengaku salah secara terbuka. Ego beliau terlalu besar.
13. Mahathir juga membuat tuduhan “All these information could have
been verified by the task force of four. But Najib dismantled the task
force by sacking the A.G., sending the head of MACC on leave, and
accusing Bank Negara of leaking Government secrets.”
14. Mahathir salah fakta lagi. Pertamanya tidak ada “task force of
four” seperti yang beliau dakwa. Pasukan Petugas Khas hanya terdiri
daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Polis.
Ini disahkan sendiri oleh Peguam Negara kesayangan beliau, Tan Sri Abdul
Ghani Patail.
15. Peguam Negara hanya memberi nasihat perundangan bagi siasatan
terbabit. Justeru sama ada Ghani atau sesiapa Peguam Negara ia tidak
menggganggu proses penyiasatan. Mereka akan merujuk kepada undang-undang
yang sama.
16. Mengapa Tun yang beberapa tahun kebelakangan ini membenci Ghani
kini mempertahankan bekas Peguam Negara terbabit? Bukankah Tun antara
yang menuduh Ghani dengan bermacam tuduhan dalam isu Pulau Batu Putih
dan kehadiran warga singapura dalam pejabat Ghani? Apakah kerana Ghani
kemudiannya mengikut kehendak Tun untuk menjatuhkan Najib maka ia
menjadi lembu suci?
17. Mohd Najib tidak pernah membubarkan Task Force terbabit kerana ia
bukan kuasa Perdana Menteri. Penubuhan Task Force pun bukan erti kata
sebenar ini kerana mereka menyiasat isu berbeza.
18. Tuduhan Tun bahawa Ketua Pengarah SPRM diarah bercuti sangat melucukan. Jika pegawai Tun ambil masa penyelidik tentu beliau tahu bahawa, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah menjalani
pembedahan di sebuah hospital di ibu negara pada hari Jumaat, 7 Ogos
2015. Berapa banyak Tun perlu berbohong untuk menjatuhkan Mohd Najib?
19. SPRM menyatakan mereka telah memperoleh penjelasan daripada pihak
penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM
menyatakan butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan
didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank
apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana
Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion
adalah sebagai derma.
20. SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang
berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan
sumbangan derma tersebut. Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan
langsung dengan 1MDB.
21. Ini semua kenyataan SPRM yang dibuat oleh pegawai penyiasat asal
yang Tun sendiri kata perlu dikekalkan dan masih kekal sehingga hari
ini. Jadi Tun merepek apa sebenarnya?
22. Tun berhadapan dengan krisis fakta dan kebenaran yang serius.
Para pegawai Tun Mahathir jagalah integriti dan maruah beliau.
Periksalah fakta terlebih dahulu. Janganlah jadikan blog Tun setaraf
komen-komen picisan dalam facebook.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment