Friday, September 04, 2015
“Amanah” : Maka GHB Perlu Buktikan Kemenangan Bukan Atas Tiket PAS
Kemelut antara PAS dan GHB masih lagi berstatus “tarik tali”, sungguhpun
GHB jelas untuk mufaraqah dari PAS. Pada pengamatan penulis, PAS
sendiri dilihat berhati-hati dalam kemelut ini, yang bertujuan untuk
keluar menjadi pemenang pada akhirnya.
Lafaz baiah, tertalak tiga pada isteri, dan gugurnya status sebagai ahli
parlimen atau ahli dewan undangan negeri adalah “amanah” yang
diberikan, dan disanggupi oleh kader-kader GHB sewaktu mahu bertanding
atas tiket PAS pada PRU yang lalu.
Apakah erti “amanah” jika bukan memegang janji yang dipatri? Kecuali
ianya terpaksa kerana ada ancaman ke atas keselamatan mereka yang
sanggup memegang janji tersebut. Apakah pistol diacukan ke kepala mereka
sewaktu baiah itu dilafazkan? Apakah mereka dipaksa tanpa rela?
Rasanya, nikmat menang PRU sebagai ahli parlimen atau ahli dewan
undangan negeri yang menjadi motivasi terkuat mereka rela dan redha
dengan apa yang dilafazkannya. Bukankah begitu?
YB Dr. Mariah, ahli parlimen Kota Raja sebelum ini pernah berkata bahawa
kemenangannya adalah atas dasar faktor persepakatan Pakatan Rakyat, dan
bukannya PAS semata. Kenyataan ini tidak satu pun disanggah oleh
mana-mana sekutu beliau di dalam GHB. Ini bermakna mereka bersetuju
dengan apa yang dikatakan oleh YB Dr. Mariah.
Pabila Parti Amanah Negara dilancarkan pada 16 September nanti, secara
automatis GHB sudah berpatah arang, berkerat rotan terhadap PAS.
Bolehkah mereka hidup bermaruah kerana kemenangan mereka sebelum ini
adalah atas tiket rasmi PAS?
Tidak lagi bersama PAS, memungkiri janji dan amanah yang dilafaz sewaktu
berbaiah, tetapi masih menikmati elaun wakil rakyat yang dimenangi atas
platform PAS.
Halal atau haram elaun itu untuk diambil oleh mereka?
Sebaiknya YB Dr. Mariah membuktikan kata-katanya bahawa faktor PAS bukan
penentu kemenangannya pada PRU yang lalu. Maka, jika masih ada sifat
“amanah” dan saki baki maruah selaku seorang pimpinan yang menempa nama
atas tiket PAS, Dr. Mariah dan sekutu-sekutunya seperti Khalid Samad,
Saari Sungib dan lain-lain perlu meletakkan jawatan selaku ahli parlimen
mahu pun ADUN.
Bukalah gelanggang, agar gendang dipalu, biar rakyat yang jadi penentu.
Sekadar pesanan buat diri sendiri, dan kepada anda semua. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
“Tanda orang munafik itu ada tiga: (1) Apabila berkata ia berudsta, (2)
apabila ia berjanji ia mengingkari, dan (3) apabila diberi amanah ia
berkhianat.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menyebutkan bahawa amanah
sangat berkait rapat dengan keimanan, baginda shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ
“Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak memiliki sifat amanah.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment