Thursday, September 03, 2015
Mahathir Hilang Maruah Di Usia Tua...
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan
statement bahawa ketua-ketua UMNO bahagian telah dirasuah, akan disiasat
mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memfitnah.
Statement itu dikeluarkan masa beliau berucap di perhimpunan Bersih 4
yang dijalankan tempoh hari. Siasat pihak polis akan dijalankan selepas
satu laporan polis telah dibuat oleh seorang ketua Umno bahagian. Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak dorang akan
mengambil keterangan dari Tun Mahathir dalam waktu terdekat ini.
"Kita perlu merakam percakapan dia kerana kita sudah menerima laporan
polis yang dibuat oleh ketua bahagaian Umno dan kenyataan yang Tun buat
berkenaan rasuah," katanya pada sidang media di IFSEC Southeast Asia di
Kuala Lumpur hari ini.
Tapi tarikh bila dorang akan panggil Tun Mahathir tidak diberitahu buat
masa sekarang ni sebab sekarang ni Tun Mahathir masih lagi ada di
Jordan. Ditanya juga soal hak layanan istimewa untuk negarawan, Khalid
enggan mengulas.
"Saya tidak mahu bincang mengenai itu sekarang (hak istimewa). Tetapi
semestinya dia seorang negarawan. Jadi kita perlu menjaga seorang
negarawan kita dengan sebaik-baiknya.
"Tetapi tanggungjawab polis di mana laporan polis dibuat dan satu
kesalahan berlaku. Kita perlu menjalankan siasatan dan menjadi SOP
siastaan kita bahawa keterangan-keterangan mereka yang terlibat perlu
dirakam," katanya.
Agak-agak korang la kan… Apa agaknya ek nasib yang bakal menimpa Tun
Mahathir?? Bersalah atau tidak ye?? Sama-sama la kita tunggu siasatan
selesai.. Nak jugak tahu apa yang Tok Det nak cakap pasal tuduhan tu...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment