Topik
utama di Malaysia hari ini didominasi dengan artikel oleh The New York
Times yang menyatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sedang
disoal selidik oleh juri persekutuan untuk dakwaan rasuah.
The New York Times juga merupakan akhbar sama yang menerbitkan temu
bual bersama Tun Mahathir pada Jun 2015 yang menghentam Perdana Menteri,
UMNO dan kerajaan Malaysia pada hari yang sama Menteri Luar, Anifah
Aman sepatutnya hadir dan berucap di Persidangan Agung PBB Bangsa-Bangsa
Bersatu. Ini menyebabkan Anifah Aman menulis surat terbuka kepada The
New York Times dan menghentam Tun Mahathir atas sikap biadap beliau
dengan menyatakan kekesalan terhadap Tun M merendahkan Malaysia
menggunakan media asing.
Menakjubkan, hari ini sekali lagi merupakan sesi persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu – pertama kali sejak Jun. Malah, Najib sedang
dalam perjalanan ke New York untuk Perhimpunan Agung PBB serta sambutan
ulang tahun ke-70 pertubuhan itu.
Pemilihan masa untuk penerbitan artikel ini sangat mencurigakan dan
dilihat seolah-olah sengaja dilakukan untuk memalukan Perdana Menteri
dan Malaysia di persidangan tersebut.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan beberapa perkara dari artikel The New York Times hari ini:
1) Individu-individu yang disoal siasat ialah anak tiri Najib (anak
Rosmah dari perkahwinannya yang terdahulu) Riza Aziz dan juga rakan
beliau, Jho Low.
New York Times menyatakan Najib juga disoal siasat kerana kemungkinan
Reza mempunyai pertalian darah melalui perkahwinan Rosmah dengan Najib
manakala Jho Low merupakan rakan beliau.
Ia amat penting untuk diketahui bahawa Najib tidak disoal siasat
secara langsung ke atas dakwaan rasuah kerana beliau tidak mempunyai
harta yang diisytiharkan di USA.
Pada ketika ini, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa Jho Low
telah mempunyai syarikat di Malaysia sejak 2007 dan 2008 – sebelum Najib
menjadi Perdana Menteri dan 1MDB masih belum wujud. Beliau sememangnya
sudah sedia kaya dan mempunyai hubungan kewangan yang serius melalui
hubungan persahabatan dan kerjasama dengan keluarga-keluarga DiRaja di
Asia Tengah.
Selain itu, Riza telah menghasilkan filem sejak tahun 2010. Sebelum
menerbit filem, Riza yang merupakan seorang pemegang Sarjana Muda
Ekonomi dan Kerajaan serta Sarjana Sains Politik dari London School of
Economics, telah mendaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan UK (FSA)
dan bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di London.
Sebagai seorang penerbit, Riza juga bertindak untuk mencari pelabur
untuk projek filem. Ini tidak bermakna beliau membiayai filem terbitan
beliau sepenuhnya. Riza menjelaskan bahawa terdapat beberapa pelabur
telah membiayi projek filem beliau.
Tetapi, Riza ternyata berjaya dalam menerbitkan The Wolf of Wall
Street yang mengaut keuntungan lebih USD 400 juta seluruh dunia
berdasarkan jualan tiket dan DVD – tersenarai dalam 200 filem komersial
terbaik sepanjang zaman dan menewaskan filem seperti Superman Returns,
Ice Age, Mad Max Fury Road, Batman Begin dan lain-lain. Filem terbaru
Riza iaitu Dumb and Dumber II turut berjaya dan mengaut kutipan sebanyak
USD 170 juta dalam jualan tiket.
Ini memberi bukti jelas bahawa Riza mempunyai kepintaran untuk
memperolehi kekayaan dan kita tidak patut berasa cemburu akan kejayaan
beliau di Hollywood.
2) Pembelian hartanah yang diperkatakan bertarikh Okt 2012. Namun,
The New York Times telah mengaitkan ia dengan USD 681 juta (RM 2.6
billion) yang telah didepositkan oleh penyumbang dari Timur Tengah ke
dalam akaun Najib – dimana ianya didepositkan pada Mac 2013, sebelum
Pilihan Raya ke-13.
Oleh itu, aneh untuk The New York Times mengaitkan penjualan apartmen
yang lama dahulu dengan duit yang di depositkan kemudian dari itu –
melainkan pembelian dilakukan secara hutang seperti buku 555.
3) Pembelian hartanah ini telah didedahkan oleh The New York Times
pada 8 Februari tahun ini, sekitar masa Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman
atas tuduhan sodomi. Menariknya, The New Work Times turut mengambil
inisiatif menterjemah artikel mereka ke dalam bahasa Mandarin dan Bahasa
Malaysia, seolah-olah ramai rakyat Malaysia di New York. Ini amat aneh
kerana tiada satu pun artikel di New York Times mempunyai versi bahasa
Melayu sebelum ini.
4) Penyiasatan di USA telah bermula selepas Sarawak Report membuat
aduan di USA pada Mac 2015 dimana Sarawak Report seakan-akan menuduh
pihak berkuasa USA tidak mengambil serius perkara tersebut dan
membiarkan ‘penjenayah’ seperti Jho Low dan Najib bebas dan tidak
dikenakan tindakan.
Aduan terhadap Najib kepada USA turut dibuat oleh orang kuat Tun
Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Setiausaha Politik Tun
Mahathir, Matthias Chang. Matthias berkata mereka berdua telah bercakap
dengan Kedutaan USA dan dijadualkan untuk ke New York pada minggu ini
untuk bertemu dengan FBI berkenaan 1MDB. Mereka juga telah pergi ke
serata dunia menfailkan kes terhadap Najib dan 1MDB dengan pihak
berkuasa Switzerland, Perancis, England, Singapura dan Hong Kong.
Apabila kes difailkan, penyiasatan akan dibuka menurut undang-undang
pihak berkuasa. Ini merupakan kes yang sama apabila Sarawak Report
menyiarkan isu Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang telah disiasat oleh
ICAC berhubung dengan kes ahli perniagaan, Micheal Chia yang ditangkap
pada tahun 2008 kerana membawa wang tunai RM 40 juta ke Hong Kong.
Sarawake Report turut menyertakan segala dokumen dan carta alir dalam
‘pendedahan’ mereka berkaitan Musa Aman dengan artikel bertajuk “”Hold
On Trust For Aman” – More Devastating Evidence From The ICAC
Investigation!”
Dengan bukti dan dokumen mereka yang kononnya ‘lengkap’, sesiapa yang
membaca Sarawak Report akan mudah mempercayai kesalahan yang dilakukan
Musa Aman dan ICAC sepatutnya menyumbat Musa Aman ke dalam penjara.
Namun, pada Disember 2012, pihak berkuasa ICAC telah menulis kepada Musa
Aman dan menyatakan beliau tidak lagi di bawah siasatan berkaitan
rasuah sumbangan RM 40 juta kepada pihak UMNO negeri.
ICAC menerangkan kepada Musa Aman bahawa siasatan dilakukan selepas
menerima aduan terhadap beliau, menyatakan bahawa ia dikehendaki oleh
undang-undang rasuah Hong Kong.
Tetapi menurut agensi berkenaan, berdasarkan siasatan dan laporan
penuh ICAC dengan Jawatankuasa Kajian Operasi (ORC), kedua-dua pihak
bersetuju untuk tidak meneruskan penyiasatan atas sebab “bukti-bukti
yang telah diketahui” menunjukkan Musa Aman tidak bersalah.
Surat berkenaan telah ditandatangani oleh ketua penyiasat, Tao
Wai-Yan dan dialamatkan kepada Musa di pejabat beliau di Kota Kinabalu.
ICAC mengambil masa 4 tahun untuk membersihkan nama Musa Aman tetapi
Sarawak Report dan Pakatan Rakyat masih menggunakan isu rasuah Musa Aman
dan sering memetik bahawa beliau sedang dibawah penyiasatan ICAC dan
tidak dapat lari berikutan bukti-bukti gang kukuh – bermakna Musa akan
dijatuhkan hukuman penjara.
Namun sehingga hari ini, nama Musa Aman telah dibersihkan oleh ICAC dan SPRM serta masih memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.
Pro-pembangkang, NGO SUARAM juga telah menfailkan aduan terhadap kes
Scorpene kepada mahkamah Perancis pada tahun 2010 yang memaksa pihak
berkuasa Perancis memulakan penyiasatan.
Malah, pada Mei 2012, SUARAM dengan bangga mengumumkan mahkamah
Perancis akan meminta Najib untuk memberi keterangan dan pihak Perancis
akan mengarahkan Interpol Red Notice untuk menahan Najib jika beliau
menolak untuk hadir.
Tiga tahun kemudian, 5 tahun selepas laporan pertama dibuat oleh
SUARAM, kita masih menanti mahkamah Perancis memanggil Najib untuk
memberi keterangan.
Sebaliknya, hasil penyiasatan menunjukkan keputusan yang tidak
dijangka oleh Pakatan dan SUARAM apabila mahkamah Perancis membuktikan
Najib, Razak Baginda dan Altantuya tidak pernah berada di Perancis pada
waktu yang sama dan Altantuya tidak pernah dilantik sebagai penterjemah
di mana semua perundingan pembelian Scorpene menggunakan bahasa
Inggeris.
Artikel New York Times pada hari ini juga mengakui bahawa penyiasatan
Juri Persekutuan terhadap Najib masih di peringkat permulaan dan akan
mengambil masa bertahun untuk selesai.
Hal ini menunjukkan, pihak-pihak yang menentang kerajaan menggunakan
taktik menfailkan kes kepada pihak berkuasa di luar negara, memaksa
negara-negara terbabit menerima aduan dan memulakan penyiasatan.
Penyiasatan ini alan mengambil masa yang lama namun sepanjang ia
berlangsung, mereka akan terus memainkan isu berkenaan – di dalam atau
luar negara.
Ia akan menjadi tajuk berita yang bagus – terutamanya kepada akhbar
luar negara – di mana pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dan
menyatakan ianya memalukan negara di peringkat global dengan bukti-bukti
yang kukuh sehingga kerajaan asing perlu campur tangan menyiasat serta
pemimpin-pemimpin negara akan ditangkap dan dipenjara jika ke luar
negara.
Walaupun tidak mengaku, namun, pihak pembangkanglah yang membuat
aduan di luar negara dan menyebabkan proses penyiasatan dimulakan
sehingga menyebabkan negara menjadi topik perbualan dunia – semata-mata
untuk merosakan imej kredibiliti Malaysia dan pemimpin kita.
Kerajaan asing tidak sewenang-wenang memulakan penyiasatan ke atas
kerajaan atau negara lain melainkan aduan rasmi telah difailkan oleh
seseorang individu.
Tetapi, individu-individu ini tidak memperdulikan fakta itu. Mereka
tidak berminat untuk mencari kebenaran sebaliknya hanya ingin
menjatuhkan individu lain. Reputasi dan kredibiliti Malaysia tidak
menjadi perhatian mereka.
Tun Mahathir juga bersalah apabila menyatakan Najib takut untuk ke
luar negara kerana beliau akan ditangkap. Sebaliknya, Najib kini berada
di UK untuk beberapa mesyuarat dan akan menjelajah ke USA untuk sambutan
ulang tahun PBB selama beberapa hari.
Tun Mahathir juga mengeluarkan beberapa kata-kata sinis apabila
menyatakan beliau lupa akan kelebihan imuniti kepada ketua negara dan
fakta yang penyiasatan luar negara akan memakan masa selama bertahun.
Pada ketika ini, Khairuddin Abu Hassan masih direman selama seminggu
dan di bawah penyiasatan polis. Mungkin tidak lama lagi kita akan
mengetahui siapa yang mengeluarkan arahan dan membiayai beliau dan
Matthias Chang untuk ke seluruh dunia menfailkan laporan terhadap Najib
dan mengaitkan beliau dengan akhbar-akhbar asing.
Lapan bulan yang lepas, Khairuddin masih lagi muflis dan
kondominiumnya telah dilelong pada January 2015. Anehnya, sebulan
selepas itu Khairuddin mula menyerang 1MDB, membayar semua hutang beliau
malah keluar negara menfailkan laporan polis ke Switzeland, Perancis,
UK, Singapura, Hong Kong serta lawatan ke USA yang telah digagalkan.
Ini menunjukkan bahawa pihak-pihak tersebut tidak mempunyai masalah
untuk membiarkan campur tangan negara luar, asalkan objektif politik
mereka tercapai.
Ini akan menjadi satu topik menarik – bergantung pada apa atau siapa yang Khairuddin Abu Hassan akan dedahkan dibawah soal siasat PDRM selama satu minggu ini.
Pada Najib, jika pihak berkuasa dari USA, HK, Switzerland, Singapura,
Perancis dan UK membersihkan nama beliau dari tuduhan RM 2.6 billion
dan 1MDB, maka tiada sesiapa dapat mengaitkan beliau dengan isu itu
lagi.
Tetapi, ia akan hanya berlaku beberapa tahun lagi, sementara itu
pihak yang memusuhi Najib akan kembali dengan tuduhan-tuduhan baru dan
meneruskan taktik menfailkan laporan di luar negara serta bekerjasama
dengan akhbar-akhbar asing untuk memalukan dan memberi tekanan kepada
beliau.
Mereka telah melakukannya, mereka masih melakukannya dan mereka akan
terus melakukannya lagi di masa hadapan kerana ianya mudah, murah dan
memberikan mereka beberapa tahun lagi untuk menyerang musuh mereka
secara politik.
Sama ada ianya adil atau tidak, itu suatu hal yang lain.
Artikel ini diterjemah dari Making sense of the USA investigation into Najib and family.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment