Binatang pun tak sanggup disepak or dianiayai, apatah lagi manusia nak
dibuat macam cenggitu. Seorang pak guard bank dan seorang perempuan tua
yang dikatakan kurang siuman menjadi popular selepas satu video yang
dirakam tersebar.
Dalam video tu menunjukkan pak guard bank tu menyepak dan tujah cota di
kepala perempuan tu. Biadap!! Tak tau nak menghormati orang langsung.
Video tu jadi viral di laman sosial sejak semalam menimbulkan kemarahan
dikalangan orang ramai apabila pak guard sebuah bank di Sandakan, Sabah
bertindak kurang ajar menyepak seorang penggemis yang dipercayai kurang
siuman.
Berdasarkan rakaman video tu yang berdurasi 1:32 saat tu menunjukkan
seorang perempuan tua yang berumur dalam lingkungan 40-an sedang duduk
menggemis di hadapan sebuah bank.
Disebabkan tu pak guard bank tu bertindak untuk menghalau dia. Nak halau
dia pergi dari situ pun tak boleh ke buat dengan cara yang baik. Sikap
biadap pak guard tu menimbulkan kemarahan orang ramai.
Selepas menendang perempuan tu, pak guard tu sedar ada yang merakam
sikap biadap dia kepada perempuan tua tu menyebabkan dia masuk balik
dalam bank. Dah terlambat nak menyorok muka tu pak guard oiii! Muka tu
dah orang kenal aiii, tak payah nak menyorok sangat la!!
Kesian tengok perempuan tua tu dok menangis-nangis lepas kena dengan pak
guard tu. Geram betul la ! Ada seorang pelanggan bank kat situ keluar
pi ke arah perempuan tu sambil bagi duit dan menyuruh perempuan tua tu
pergi dari situ.
Hidup ni kena la saling hormat-menghormati. Jangan nak biadap ikut
sesuka hati aje. Macam mana kalau kena kat batang hidung sendiri? Mau
menangis air mata darah pun tak berguna dah!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment