Akhirnya hala tuju Gerakan Harapan Baru (GHB) –
kumpulan yang kecewa kerana kalah perebutan jawatan dalam PAS, terjawab
apabila mereka mengambil alih parti politik sedia ada dikenali sebagai
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang kini Pengerusi GHB
bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula dan bakal
dikenali sebagai ‘Parti Amanah Negara’.
GHB Parti Amanah
Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu
akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
“Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini,” katanya pada sidang media, Isnin.
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, pemilihan nama Parti Amanah Negara
(Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama Parti
Progresif Islam (PPI).
Nama-nama lain yang meanggotai parti itu sudah dijangkakan.
Mereka ialah bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang yang tewas pemilihan jawatan Presiden dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau kini dilantik sebagai penasihat umum manakala bekas naib
presiden PAS, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen
Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli
Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita.
Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli (Kuala
Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Selain itu, lima Adun PAS yang menyertai parti tersebut ialah Datuk
Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit
Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib
(Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Phahrolrazi juga adalah Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) – NGO yang sebelum ini dijangka menjadi parti politik menggantikan PAS dalam pembangkang.
Selain itu Ahli Parlimen PAS Tumpat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan
ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja
Ahmad juga dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang
pelancaran rasmi Parti Amanah Negara 16 September depan.
Persoalannya jkini ika pertukaran nama Parti Amanah Negara diluluskan
RoS, mampukan mereka yang sebelum ini menikam belakang PAS, berada
dalam sebuah parti yang kononnya Amanah?
Selain itu, keputusan mereka meninggalkan PAS dijangka memudahkan
parti berkenaan membuat pendirian sama ada mahu kekal bersama PKR dan
DAP di Selangor atau tidak.
PKR dan DAP Selangor tidak bermasalah mengekalkan kerajaan negeri
dengan menerima Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin ke dalam Pakatan
Rakyat di negeri itu.
PKR yang kini mempunyai 13 kerusi Adun, DAP (15) dan Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia (2), sudah cukup meneruskan pentadbiran dengan
jumlah 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor.
PKR dan DAP Selangor kini boleh menyingkirkan PAS yang hanya berbaki
13 kerusi DUN untuk duduk di kerusi pembangkang bersama Barisan
Nasional (BN) (12) dan Bebas (1) yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim.
Secara tidak langsung juga kedudukan BN Perak, Johor dan Kedah
bertambah kukuh dengan tindakan beberapa Adun PAS meninggalkan parti dan
menyertai parti yang dipimpin Mat Sabu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment