Thursday, September 03, 2015

Selama Ini DHHP Hanyalah Wayang Dalam PAS..... Pemuda, Wanita DHPP Selangor Keluar Parti Untuk Sertai Amanah

SHAH ALAM : Pemimpin dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua Pemuda DHPP Selangor, Rajkumar Batumalai; Ketua Wanita, Pushpa Nagiah Vengdesa dan 24 lagi ahli jawatankuasa sayap berkenaan mengumumkan hal itu dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

"Kami memilih untuk bersama parti baharu ini atas pilihan kami sendiri tanpa paksaan atau pujukan mana-mana pihak".

"Kami percaya parti baharu ini lebih sesuai dan mesra dengan jiwa kami kerana pendekatannya yang jauh lebih inklusif, progresif, dan adil, bersesuaian dengan konsep rahmat untuk semua," kata Rajkumar.

Antara yang turut bersama mereka adalah seramai 500 ahli dari kawasan Kuala Selangor, 425 daripada Kota Raja, Subang (300), Shah Alam (300), Kapar (100), Hulu Selangor (300), Kuala Langat (100), dan Klang seramai 30 ahli.

Selain itu, 16 kawasan daripada 21 kawasan DHPP juga sudah dibubarkan.

"Lebih ramai ahli-ahli DHPP dari kawasan-kawasan lain akan mengikut langkah kami ini secara berperingkat memandangkan parti baharu ini memberikan keahlian penuh kepada kami," kata Rajkumar.

Terdahulu beberapa kepimpinan PAS peringkat cawangan bertindak meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah.

Amanah ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu melalui Gerakan Harapan Baru (GHB).

Amanah merupakan wadah perjuangan politik baru kumpulan ini yang akan bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat 2.0. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment