Thursday, September 03, 2015
Senangnya Bercakap.... Khalid, Dr Mariah Jamu Fakir Miskin Beriyani Kambing Bayar Kafarah
SHAH ALAM : Dua ahli PAS yang menyertai parti baru, Parti Amanah Negara
(Amanah) – Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Dr. Mariah Mahmod
(ADUN Kota Raja) – mengesahkan akan membayar kafarah dengan menjamu
golongan fakir miskin di Shah Alam esok.
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata,
mereka mengambil tindakan itu bagi membayar kafarah berikutan tindakan
mereka keluar PAS yang melanggar baiah mereka ambil ketika menjadi calon
PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Oleh itu, kafarah yang mereka pilih adalah dengan menjamu makan malam
kepada 100 fakir miskin dengan nasi briyani kambing di Dewan Merbau
Sekyen 17, Shah Alam, katanya.
"Oleh kerana ini, saya dan rakan termasuk Dr. Mariah, kita akan membuat
majlis kafarah dengan memberikan makanan kepada fakir miskin pada malam
esok mulai jam 8 malam dan kita jemput dan akan bawa orang-orang miskin
daripada kawasan Shah Alam dan Klang sebagai majlis kafarah langgar
baiah yang telah kita lakukan," katanya.
"Pendirian saya dan rakan-rakan berhubung baiah ini telah saya nyatakan
dalam blog saya berhubung persoalan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen
dan pelanggaran baiah.
“Saya telah jelaskan maksud dan sebab kenapa tidak perlu letak jawatan
dan kenapa ianya tidak dilihat sebagai satu kesalahan bagi kami untuk
tubuh parti baru dan sertai parti baru."
Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon
mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.
Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment