Bagaimanapun, pada masa sama, Swee Tin berpendapat perbuatan itu tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu kaum atau bangsa kerana individu yang melakukan kesalahan itu sahajalah yang harus dipersalahkan.
Thursday, September 03, 2015
Tindakan Pijak Gambar Pemimpin Bukan Cerminan Masyarakat Berilmu
KUALA LUMPUR : Tindakan memijak gambar pemimpin pada
perhimpunan Bersih 4 minggu lalu adalah satu tindakan yang tidak
mencerminkan masyarakat berilmu.
Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Madeline Berma berkata mereka bertindak
demikian kerana menganggap amalan sivik dan moral, tidak lagi menjadi
keutamaan dalam dunia moden sekarang.
“Mereka belajar di sekolah hanya untuk mendapat keputusan cemerlang
dan pekerjaan namun bukan lagi mendidik menjadi orang yang tinggi ilmu
adabnya,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Beliau diminta mengulas beberapa peserta Himpunan Bersih 4 yang
bertindak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ini masalah masyarakat kita yang sudah tidak mempedulikan nilai-nilai murni,” katanya.
Sementara itu, tokoh Sastera Negara Prof Madya Dr Lim Swee Tin
menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan melampau selain bertentangan
dengan amalan masyarakat di negara ini.
“Ia satu bentuk anasir negatif dari negara asing yang cuba dibawa
masuk bagi mencetuskan huru-hara dan menggugat kemakmuran yang dinikmati
sejak merdeka lagi.
“Dari zaman nenek moyang lagi kita diajar dengan nilai-nilai murni
dan positif yang menjadi teras kepada pembinaan negara dan bangsa.
“Malah budaya bangsa kita tanpa mengira kaum, agama dan asal
keturunan menjunjung tinggi rasa hormat, bertoleransi dan bersusila,”
katanya.
Bagaimanapun, pada masa sama, Swee Tin berpendapat perbuatan itu tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu kaum atau bangsa kerana individu yang melakukan kesalahan itu sahajalah yang harus dipersalahkan.
“Jika pelaku itu berketurunan Cina, sikapnya tidak sama sekali
mencerminkan kesemua rakyat kita yang berketurunan Cina, individu itu
sahajalah yang harus dipersalahkan dan bertanggungjawab,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment