SERDANG : Dua pemandu cedera selepas kereta yang dipandu mereka tidak
sempat mengelak konkrit yang terjatuh di atas jalan raya berhampiran
Plaza Tol Serdang.
Dalam kejadian pada jam 6.45 pagi tadi, dilaporkan beberapa motosikal
dan kereta turut rosak selepas satu konkrit pembetungan yang dibawa
treler terjatuh di Kilometer 305.4 Leburaya Utara Selatan.
Kejadian itu berlaku dari arah Serdang menghala ke Sungai Besi selepas 800 meter dari Plaza Tol Serdang.
Difahamkan, konkrit yang diletakkan bertindih tersangkut pada laluan bertingkat menyebabkan ia terjatuh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment