Saya merasakan bahawa KPM telah menjadi ‘kambing hitam’ dalam isu masalah perkhidmatan 1BestariNet.
1BestariNet diperkenal oleh KPM bagi mempermudahkan segala urusan
dalam talian untuk kegunaan para guru di Malaysia. Akan tetapi apa yang
berlaku sekarang ialah perkhidmatan yang diberikan agak menyedihkan
malah menyusahkan lebih 300,000 guru di seluruh Malaysia.
1. 1BestariNet hanya menyediakan 1 Mbps dengan bayaran melebihi rm200 atau mungkin lebih mahal dan merugikan kementerian.
2. 1BestariNet hanya menyediakan kuota 300mb sahaja untuk kegunaan satu sekolah setiap bulan.
3. 1BestariNet menumpang tiang anterna di dalam sekolah di samping untuk perkhidmatan Yes 4G untuk orang awam?
4. 1BestariNet telah menyebabkan lebih 300,000 guru terbeban dengan
sistem server yang lembab. Buktinya ialah SPPBS yang telah dimansuhkan.
Saya memohon kepada pihak KPM agar mengkaji semula atau membatalkan
terus perkhidmatan YTL iaitu 1BestariNet yang lebih memalukan pihak KPM
sendiri.
Saya meminta semua kesatuan, persatuan guru untuk menyuarakan
pendirian tentang kelemahan perkhidmatan 1BestariNet yang lebih
menyusahkan para guru dan murid.
Saya yakin, KPM mahu menyediakan kemudahan terbaik seiring dengan
PPPM 2013-2025 iaitu penggunaan ICT ke tahap maksimum tetapi KPM wajar
memilih syarikat perkhidmatan yang lebih baik daripada sedia ada.
Kenyataan media oleh :
Mohd Nor Izzat bin Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja
Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)
Ketua Gerak Kerja
Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment