Seorang individu mendakwa sebagai
pengundi di Kelantan hari ini telah membuat laporan rasmi kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap seorang yang didakwa
sebagai Exco Kanan negeri Kelantan yang terlibat dalam kes penyelewengan
kuasa berkaitan isu balak di Kelantan.
Siapakah exco yang dimaksudkan tidak pula disebut namanya. Sama-sama kita tunggu pendedahan lanjut.
Berikut adalah teks penuh kenyataan media beliau yang dibuat pagi tadi.
Kenyataan media.
27 Oktober 2015
Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili
pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi
berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan
pembalakan di negeri Kelantan.
Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya
alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian
bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes
ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan
· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi
ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana
billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.
· Dokumen pembayaran tunai atas nama
anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang
menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki
bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh
seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan
perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.
Dokumen bukti yang diserahkan kepada
SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri
Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang
dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat
Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat
dengan pimpinan kerajaan pusat.
Selaku anak muda Kelantan saya cukup
gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan –
kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di
bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir
rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah
pemerintahan bukan Barisan Nasional.
Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM
untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak
pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada
rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada
rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan
Kelantan harus disingkirkan segera.
Dalam pada masa itu kami sedia untuk
bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua
dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung
khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti
bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini
selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.
Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment