Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan taktik kotor
untuk mengekalkan beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas
menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.
Perkara itu didedahkan oleh bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay.
Menurut Yuktes, Mahathir pernah menawarkan 'tawaran hebat' kepada
dirinya untuk memusnahkan politik Anwar ketika menjadi Perdana Menteri.
Kata Yuktes lagi, Mahathir telah membuat tawaran terhadapnya menerusi
bekas Ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin. Tawaran tersebuthadir
ketika dia berada dalam kesusahan selepas keluar dari PKR. Dan antara
syarat tawaran tersebut ialah, Yuktes perlu mengaku dirinya pernah
diliwat oleh bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Dia yang terkejut dengan tawaran yang diberikan itu bertanya kepada
Anina, mengapa dirinya perlu menjadi mangsa untuk menerima tawaran
tersebut.
"Saya tanya dia kenapa Tun Mahathir nak jumpa?? Anina jawab 'Just Admit
you kena liwat oleh Anwar. It will help BN win elections," kata Yuktes
yang dipetik daripada status di laman Facebook miliknya.
Persoalannya sekarang, benarkah Mahathir pernah membuat tawaran kotor
ini untuk mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri?? Mengapa Anina
sanggup bersengkongkol dengan Mahathir melakukan tawaran terkutuk itu??
Status yang telah dimuat naik pada 26 Oktober lalu masih belum dinafikan
oleh Mahathir mahupun Anina. Jika tiada penafian dari kedua-dua ini,
pasti kenyataan dari Yuktes adalah sahih mengenai tawaran tersebut.
Andai Mahathir tidak pernah membuat tawaran tersebut, sudah pasti
Mahathir akan menyaman Yuktes dan Anina sudah membuat laporan polis
kerana status itu merupakan satu fitnah terhadap mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment