Selama ini DAP tergamak untuk menggunakan taktik kotor semata-mata nak
meraih keuntungan diri sendiri. Taktik jahat yang digunakan oleh DAP
adalah dengan memperjudikan orang Islam dan memperalatkan mereka sebagai
satu boneka untuk mainan politik.
Hal ini didedahkan oleh ahli PAS sendiri, Pengarah Jabatan Penerangan
Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim. Beliau menegaskan perkara tersebut dan
mendakwa DAP mempergunakan orang Islam untuk kepentingan politik parti
tersebut semata-mata.
DAP hanya memberi arahan kepada kesemua parti kompenan yang lain supaya
menguasai sesebuah negeri. Kemudian DAP hanya akan membolot bilangan
kerusi untuk dikuasai.. Kesemua parti komponen yang lain harus mengikut
segala telunjuk DAP tanpa sebarang bantahan.
“Selain kerusi mereka atau kerusi pihak yang taat pada mereka, DAP tidak
kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik,
mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.
“Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Maka DAP yang perlu berkuasa
dan boleh tentukan itu dan ini, begitu dan begini. Parti komponen kena
ikut kehendak mereka,” kata Amzad.
Corak kepimpinan DAP yang kejam itu hanya akan memburukkan lagi
perpaduan dan kerjasama diantara kaum yang telah lama terjalin di negara
ini. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat juga tercalar dek impian
dan angan-angan DAP yang hanya membolot dan dikuasai oleh parti itu
sahaja.
Ini kerana DAP dilihat terlalu taksub mendukung dan mengangkat Parti
Amanah Negara (Amanah), dan menjadikan mereka sebagai satu bala tentera
untuk menyerang parti Islam, PAS dan Umno. Tindak tanduk DAP menunjukkan
bahawa mereka hanya mahu mempergunakan Amanah untuk menentang Islam
sendiri.
“Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada Parti Amanah
Negara (Amanah), orang Melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan
memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan
Pas agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.
“Jika PAS tidak menang, adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga
penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO
yang menang,” jelasnya.
Malah bukan Amanah sahaja yang diperolokkan oleh DAP, parti PKR juga
turut terjerat ke dalam lembah politik gelojoh DAP. Tapi PKR tidak
menyedari perkara ini kerana mereka merasakan bahawa DAP memberi
keutamaan walhal DAP hanya tunggu masa untuk bertindak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment