Monday, November 09, 2015
Husam Perlu Minta Maaf Pada Hadi, Kata PAS
SHAH ALAM : Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa perlu meminta maaf daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ujar parti itu, kenyataan Husam bahawa Hadi pernah mengaku berniat mahu mewujudkan kerajaan gabungan dengan Umno Barisan Nasional (BN) adalah fitnah.
PAS melalui laman web rasminya hari ini menegaskan Hadi melalui Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Shamsuri sudahpun menafikan dakwaan Husam sebelum ini.
"Tuduhan jahat ke atas Tuan Guru Presiden PAS oleh Datuk Husam Musa bahawa Tuan Guru Presiden mahu bekerjasama dengan Umno Selangor bersama beberapa ADUN PKR.
"Sebenarnya (dakwaan itu) telah pun dinafikan pada tahun lepas lagi melalui kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Tuan Guru Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri", kata PAS dalam laman web rasminya hari ini.
Ahmad Shamsuri juga sudah menjawab onjektif utama pertemuan antara Hadi dengan Mohamed Azmin Ali sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR itu dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Azmin antara pempimpin PKR yang didakwa ditawarkan Hadi untuk sama-sama bergabung dengan Umno BN.
"Hadi (Datuk Seri) yang mencalonkan nama beliau (Azmin Ali) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos (tahun) lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat", tulis Dr. Ahmad.
Husam dalam ceramahnya di Kota Baru pada Khamis lalu mendedahkan bahawa Hadi pernah merancang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment