Beberapa minggu lepas telah menjadi sangat
menarik untuk semua ahli politik berpengalaman kerana terdapat beberapa
insiden dan contoh-contoh yang telah sekali lagi menegaskan keperluan
untuk ahli-ahli politik untuk menjadi matang.
Insiden yang saya ingin memfokuskan ialah kepada perdebatan 1MDB yang
telah gagal. Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, telah menjadi
salah seorang pengkritik paling lantang 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) dan secara konsisten mendesak untuk berdebat dengan Arul Kanda,
Presiden 1MDB.
Walau bagaimanapun, Tony Pua juga merupakan seorang ahli Jawatankuasa
Kira-kira Awam (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB. Walaupun mempunyai
konflik yang jelas, Tony Pua terus menunjukkan kecenderungan kurang
serius dan mencabar Arul untuk berdebat.
Arul mulanya menjawab bahawa Tony Pua perlu mengosongkan jawatan
daripada PAC kerana ia adalah tidak wajar bagi seorang pengadil yang
juga menjadi pemain kerana Tony Pua akan “menghukum” secara tidak
langsung pada 1MDB sebagai ahli PAC.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali dicabar dan diejek oleh
Tony Pua dan sekutu beliau, Arul bersetuju untuk perdebatan dengan Tony
Pua. Kemudian Tony Pua “menukar kuda pada pertengahan” dan berkata ia
tidak akan menjadi perdebatan tetapi sesi soal jawab dengan hanya beliau
akan bertanya soalan. Dia juga mengajukan 10 soalan untuk Arul.
Arul tidak pernah meminta untuk berdebat dan saya berani untuk
mengatakan bahawa Tony Pua akhirnya kelihatan sebagai seorang pelawak
kerana walaupun begitu konsisten dia mengkritik serta mahu berdebat
mengenai 1MDB dia akhirnya “melarikan diri” dengan cara yang sangat
licik bila perdebatan yang kita semua jangkakan akan benar-benar
berlaku.
Sebagai menutup perbuatan liciknya dan satu perbuatan yang cukup
menghina, Tony Pua kemudian mahu Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan,
untuk menggantikan tempatnya. Arul menolak untuk berdebat dengan Rafizi
dan bagi saya ia adalah satu keputusan yang tepat kerana Tony Pua yang
memulakan ‘drama’ ini dan dia sepatutnya berani untuk berdepan dengan
cabaran yang telah dibuatnya sendiri.
Kini, apa yang telah episod ini mengajar kita?
Pertama, Tony Pua mesti menunjukkan PAC penghormatan yang sewajarnya.
Meminjam analogi undang-undang, bagaimana boleh seorang hakim juga
menjadi seorang peguam dan berhujah mengenai sabjek atau kes yang sedang
didengar oleh beliau.
Ini adalah kekurangan asas menghormati proses
yang sewajarnya dan ia sekali lagi menunjukkan bahawa Pakatan (tidak
pasti jika terdapat Harapan atau tidak) menunjukkan sikap melampaui
batas terhadap prinsip-prinsip asas keadilan dan prosedur pendengaran
parlimen.
Kedua, mengapa Tony Pua melakukan “drama’ tersebut yang akhirnya
membuat dirinya sebagai karektor katun apabila dapat disimpulkan bahawa
dia tidak pernah berminat untuk berdebat dengan Arul dari awal lagi.
Ketiga, bolehkah kritikan ahli-ahli politik Pakatan diambil serius
mengenai 1MDB jika mereka telah gagal, seperti dalam ‘drama” Tony Pua
ini ? Mereka sudah hilang kredibiliti dan imej mereka telah tercalar.
Sesungguhnya ia adalah amat merisaukan bahawa terdapat ahli-ahli
politik di Malaysia yang akan menggunakan dokumen yang didakwa dicuri
untuk menghalalkan matlamat politik mereka dengan langsung tidak
memperdulikan kesucian sistem ekonomi kita.
Tambahan pula, serangan berterusan ini juga telah menjejaskan proses
rasionalisasi yang telah dilaksanakan oleh 1MDB dan ini sekali lagi
menunjukkan bahawa ahli-ahli politik Pakatan tidak mahu menyelesaikan
masalah sebaliknya mereka ingin menggunakan masalah 1MDB sebagai senjata
politik.
Saya rasa rakyat Malaysia mesti melihat dengan jelas bagaimana ahli
politik membawa diri mereka dan ia adalah penting untuk ahli-ahli
politik untuk menjadi matang dalam bidang mereka dan bekerja demi
kepentingan negara dan bukan sebaliknya.
Penulisan : Ivanpal Singh Grewal
Penulisan : Ivanpal Singh Grewal
* artikel ini telah diterjemah dari akhbar The Star
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment