Bila dikata cakap tidak menggunakan akal
ada pulak yang akan melenting namun itulah hakikat yang harus diberikan
kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila
menyifatkan pertemuan anaknya Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram
adalah perkara kecil.
Bukan sahaja Wan Azizah mempamerkan sikap
yang tidak sensitif malah tindakannya mengeluarkan kenyataan seperti
itu dilihat bakal mengeruhkan lagi keadaan politik PKR.
Ia sekaligus mempamerkan jenis pemimpin macam mana yang PKR ada jika bukan hanya bersifat retorik semata-mata.

Lebih kelakar lagi apabila Wan Azizah menuduh ia sebagai serangan peribadi untuk menjatuhkan Izzah sedangkan dia patut tahu Izzah berjumpa dengan anggota keluarga Sulu yang mengerahkan pemberontak bersenjata mencerobohi Lahad Datu dua tahun lalu.
Kata Wan Azizah, awal bulan November Izzah diraikan dalam satu majlis di Manila yang turut di hadiri Jacel.
“Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu.
“Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah,” katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Ahad.
Tambahnya, Izzah sudah memohon maaf dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.
“Kenapa mereka memperbesarkan. Sudah tentu dia telah meminta maaf kerana dia tidak bertujuan untuk menyakitkan perasaan sesiapa,” ujarnya.
Terdahulu, DUN Sabah meluluskan usul melarang Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang daripada memasuki negeri itu.
Nurul Izzah dan Tian Chua adalah Naib
Presiden PKR melakukan lawatan ke Manila untuk menggembeling sokongan
bagi menekan Putrajaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
penjara atas tuduhan meliwat.
Tindakan Izzah berjumpa Jacel Kiram kini dalam siasatan polis.
Pecerobohan Lahad Datu membawa kepada
pertumpahan darah yang mengorbankan sembilan prajurit, sebilangan orang
awam dan hampir 70 pengganas yang menyokong keluarga Kiram.
No comments:
Post a Comment