Monday, November 09, 2015

Pendebat Terbaik Asia Kata DAP Parti Pengecut, Tony Pua Pengecut


Isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan Pengerusi DAP Selangor) dan Arul Kanda Kandasamy (Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) menyerlahlah sifat sebenar DAP iaitu oportunis dan pengecut, kata pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Anda (DAP) bermula dengan menghina Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB (Arul Kanda) sebagai pengecut, seseorang yang tidak mempunyai integriti, seseorang yang takut diletakkan di bawah pemerhatian awam.

“Anda kemudiannya menghantar pahlawan anda untuk mencabar pembentang itu (Arul Kanda) sebagai ‘pengecut’. Pahlawan ini dikenali sebagai Tony Pua. Pahlawan yang melabel pembentang itu sebagai ‘pengecut’ dan ‘badut’,”kata Syed Saddiq menerusi akaun Facebooknya.

Syed Saddiq berkata apabila Arul Kanda menyambut cabaran untuk berdebat secara langsung berkaitan dengan IMDB di televisyen, sepatutnya Pua telah diberitahu mengenai akibat dan konflik kepentingan yang bakal dihadapinya, namun dia (Pua) memilih untuk meneruskannya.


“Selepas ‘badut’ (Arul Kanda) menerima cabaran debat tanpa syarat untuk menghadapi pahlawan anda, pahlawan yang anda sangai hargai itu kemudiannya meletakkan pula syarat perdebatan iaitu dia hanya bertindak sebagai penyoal sahaja (hanya pahlawan anda boleh bertanya soalan-perdebatan satu hala).

“Selepas mengetahui bahawa ‘badut’ itu pernah menjadi juara pendebat, anda mula kehilangan harapan dengan pahlawan anda.”

Syed Saddiq yang juga graduan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berpendapat apabila Pua dijangka tewas dalam perdebatan itu, DAP telah mencari jalan keluar dengan mendakwa bahawa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh Pua lebih penting daripada perdebatan.

“Mengapa tidak dibesarkan perkara ini semasa mula-mula cabaran dibuat? Mengapa lewat membangkitkan pendirian ini? Mengapa hanya membangkitkannya selepas ‘badut’ menyahut cabaran itu?

“Ia sama ada pahlawan anda memang seorang pengecut, atau kubu pahlawan itu (DAP) dipenuhi oleh oportunis yang hanya tahu memberi cabaran palsu tetapi tidak bersungguh-sungguh,” tegas Saddiq. 


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment