Tuesday, November 03, 2015
Siapa Yang Dimaksudkan Tu..... Ridhuan Tee Sindir Bekas Menteri Menikus Ketika Berjawatan
BANGI : Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
menyindir bekas menteri yang lantang mempersoalkan skandal dalam kes
1MDB ketika sudah tidak memegang jawatan.
“Ketika berjawatan, kenapa menikus?” soalnya tanpa menyebut siapakah
bekas menteri yang dimaksudkan dalam artikelnya yang terbaru di Sinar
Harian hari ini.
Beliau yang terkenal dengan nama Ridhuan Tee meluahkan rasa sedihnya
apabila mendengar kata-kata bekas menteri bahawa umat Islam hanya
sensitif soal arak, tetapi tidak dalam isu rasuah.
“Untuk makluman pemimpin tersebut, kami sensitif dalam semua perkara.
Jangan kerana kita suka minum arak, maka kita mahu cover dengan 1MDB.
Perkara ini masih lagi dalam siasatan. Kebenaran pasti akan terbongkar.
Sabarlah dahulu,” katanya.
Beliau berkata kerosakan hari ini berpunca daripada pemimpin politik yang lupa diri ketika mendapat kuasa.
“Cabaran besar hari ini adalah bagaimana mahu melahirkan pemimpin
politik yang berilmu, mahir dalam selok-belok sosioekonomi dan politik.
“Segala kerosakan yang berlaku adalah disebabkan pemimpin politik, bukan
rakyat. Terutama yang bertindak dan mengeluarkan kenyataan yang tidak
menampakkan kematangan dalam berpolitik.
“Dapat kuasa lupa diri,” katanya.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak
bahawa hanya pendekatan wasatiyyah dapat membendung liberalisme dan
ekstremisme, Ridhuan Tee berkata orang Islam di Malaysia sudah banyak
bertoleransi dengan orang bukan Islam.
“Rumah ibadat bukan Islam sepuluh kali ganda bilangan masjid surau,
meskipun Islam agama Persekutuan. Patung-patung dan gereja yang ada,
adalah antara yang tertinggi dan terbesar di dunia, seperti boleh kita
lihat di Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan, walaupun penganutnya tidak
ramai.
“Cuba buat perbandingan antara minoriti bukan Islam yang tinggal di
dalam negara Islam dengan minoriti Islam tinggal di dalam negara bukan
Islam. Siapakah yang lebih mendapat keuntungan dan nikmat keamanan?
Jangan pergi jauh, lihat sahaja wasatiyyah di Malaysia. Hampir
keseluruhan kekayaan negara ini milik bukan Islam.
“Masih perlukah kita menganjurkan seminar wasatiyyah bagi menunjukkan Islam agama sederhana?” soalnya lagi.
Bagaimanapun katanya, toleransi yang ditunjukkan oleh umat Islam telah diambil kesempatan orang ‘ultra kiasu’.
“Tetapi malang ultra kiasu telah memanipulasikan semua kebaikan yang
diberikan. Beri betis nak paha. Keadaan ini juga yang menyebabkan saya
terpaksa melabelkan kumpulan ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment