KENYATAAN AKHBAR
1. Seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Pahang menyahut seruan YAB Presiden
Parti untuk terus beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan penuh
keSETIAan dan keTAATan tanpa sebarang syarat kepada tunjang kepimpinan
UMNO kini agar nasib anak bangsa kita terus dijaga serta dipertahankan.
2. Pemuda UMNO Pahang juga untuk kesekian kalinya ingin menzahirkan
SOKONGAN TANPA SYARAT kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk
terus mengepalai kepimpinan UMNO sebagai Presiden Parti dan juga Perdana
Menteri Malaysia.
3. Sikap BERANI, GENTLEMAN dan BERJIWA BESAR YAB Dato’ Sri Mohd Najib
yang ditunjukkan oleh beliau dalam menyampaikan Ucapan Presiden UMNO
pada hari ini telah menyerlahkan lagi ketokohan beliau sebagai pemimpin
yang memiliki HIKMAH yang tinggi dan tidak mudah melatah dengan ujian
yang mendatang serta provokasi yang dicipta oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
4. Pemuda UMNO Pahang mengutuk dan menyelar mana-mana perbuatan
KHIANAT ahli UMNO termasuklah segelintir pemimpin dan bekas pemimpin
yang cuba merancang pakatan untuk mengulingkan kepimpinan sedia ada
secara tidak berdemokrasi. Janganlah kita cuba menjadi si KITOL dan
MUSANG BERBULU UMNO yang hadir dalam arus perjuangan UMNO dengan niat
yang jahat untuk menjahanamkan parti keramat Melayu ini dek kerana GILA
KUASA.
5. Pemuda UMNO ingin menyeru agar kita semua perwakilan UMNO
khususnya perwakilan Pemuda UMNO Pahang agar menjadikan perhimpunan ini
sebagai wadah musyawarah bagi menyerlah tamadun bangsa Melayu,
mempertahankan syiar Islam dan kedaulatan Negara. Kitalah Pemuda UMNO
yang dipertanggungjawab untuk mengalas harapan untung nasib keturunan
kita.
“Ayuh kita teruskan perjuangan ini dengan GAGAH BERANI untuk BERBAKTI demi ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA!”
-BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT-
Mohd Shahar Abdullah
Ketua Pemuda UMNO Pahang
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437
Ketua Pemuda UMNO Pahang
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment