
Keriuhan dan keributan mengenai kenaikan tol
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun hadapan ialah berdasarkan
perjanjian sahaja bukannya keputusan kerajaan atau PLUS lagi. Dalam
jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri terbabit hanya
menyatakan kandungan perjanjian bukannya KEPUTUSAN KERAJAAN.
Harga tol belum tentu naik kerana apabila tiba masanya PLUS hanya
boleh membuat permohonan tetapi bergantung kepada kerajaan sama ada
membenarkannya atau tidak.
Malah seperti ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk
Rosnah Sirlin, Manifesto PRU 13 BN menetapkan pengurangan kadar tol
secara berperingkat lebuh raya Antara Bandar. Justeru Kerajaan akan
berunding dengan syarikat konsesi bagi memenuhi akujanji manifesto
tersebut.
DENGAN KATA LAIN, KEMUNGKINAN BESAR TOL TIDAK AKAN NAIK KECUALI
KERAJAAN PERLU MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT KERANA GAGAL MEMENUHI JANJI
MANIFESTONYA.
Kita lihat sejarah terlebih dahulu. Kerajaan telah beberapa kali
membuat penstrukutran semula Perjanjian konsesi PLUS bagi mengurangkan
kenaikan tol. Penstrukturan ini telah dilakukan sebanyak 4 kali iaitu
pada tahun 1999, 2002, 2005 dan 2011.
Pada 1999 ketika di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, kerajaan
telah mengadakan rundingan semula dan perjanjian baharu menetapkan
kenaikan 26% setiap 5 tahun.
Bagaimanapun pada 2005, di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad
Badawi, satu lagi perjanjian baharu dibuat dengan mengurangkan kenaikan
kepada 10% setiap 3 tahun.
Apabila Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih pentadbiran beliau
mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian. Justeru pada
tahun 2011, PLUS dan kerajaan bersetuju kenaikan kadar tol diselaraskan
kepada 5% setiap 3 tahun. Dalam penstrukturan semula kadar tol tahun
2011, tiada kenaikan tol sehingga 2015.
Malah kadar kenaikan ini merupakan paling minima pernah dibuat oleh
mana-mana konsesi. Sebagai contoh, dalam carta di bawah kita boleh
bandingkan kenaikan tol konsesi lain berpuluh peratus berbanding PLUS
yang hanya akan naik 3% jika dipersetujui kerajaan.
Untuk berlaku adil kita kena melihat fakta.
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mula dibina pada tahun 1989 dan
siap pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM5.9 bilion. Kos projek ini
ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi PLUS, kecuali kos
pengambilan tanah yang ditanggung oleh Kerajaan.
Berdasarkan perjanjian
konsesi tambahan terkini (2011), tempoh konsesi Lebuhraya PLUS akan
tamat pada 31 Disember 2038. Setakat ini Kerajaan tidak ada perancangan
untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tersebut.
Dalam tahun 2011, PLUS telah melaksanakan pengstruktaran semula
dimana PLUS terpaksa membuat pinjaman sejumlah RM30.6 billion melalui
penerbitan bon. Bayaran balik faedah pinjaman telah mula pada tahun 2012
manakala bayaran pokok hanya akan bermula pada tahun 2017 sehingga
2038.
Syarikat PLUS merupakan pemegang konsesi bagi 6 lebuh raya iaitu:
• Lebuhraya Utara Selatan
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth Kulim
• Lebuhraya Seremban Port Dickson
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth Kulim
• Lebuhraya Seremban Port Dickson
Melalui penstrukturan semula pada tahun 2011, hasil keuntungan
terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga 2014 adalah RM26
juta. Secara puratanya, 50% daripada hasil keuntungan adalah digunakan
untuk membayar balik faedah pinjaman. Syarikat PLUS telah membuat
pinjaman melalui penerbitan bon berjumlah RM30.6 bilion. Pinjaman ini
dibuat pada tahun 2011 semasa penstrukuturan PLUS Berhad.
20-25% digunakan untuk membiayai kos operasi dan penyenggaraan, ini termasuk lebih kurang 25% jajaran yang tidak dikenakan tol.
15-20% adalah untuk kerja-kerja upgrading, termasuk pembinaan
persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Bukit Gambir, Kuala Kangsar,
Ainsdale dan kerja-kerja naiktaraf Lorong Keempat Lebuhraya Utara
Selatan.
Baki 10% adalah untuk bayaran balik kepada pemegang saham yang terdiri daripada KWSP (49%) dan Khazanah (51%).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment