Wednesday, January 06, 2016

Apakah KJ Mahu Sabotaj Mukhriz di Langkawi?

Selepas penganjuran Le Tour De Langkawai (LTDL) diambil alih oleh pengurusan baru, kehangatan sukan berbasikal berprestij itu dijangka kurang menyengat pada kejohanan kali ini apabila trek perlumbaan berbasikal itu dipendekkan.

Malah, kejohanan berbasikal yang mengangkat nama Pulau Langkawi ke mata dunia juga dilihat telah membuang nama Pulau Langkawi dari 'radar' perlumbaan pada edisi kali ini.

Mengapa sukan berbasikal yang menaikkan nama negara ini tidak dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin?? Bukankah sukan yang menjadi tradisi saban tahun ini perlu digunakan Khairy sebaik mungkin untuk menaikkan nama negara.

Namun, apa yang mengecewakan apabila ditanya kepada Khairy, kenapa Pulau Langkawi 'dihilangkan' dari 'radar' perlumbaan? Jawapan beliau, Pulau Langkawi tidak termasuk di dalam trek perlumbaan edisi kali ini kerana trek perlumbaan dipendekkan bagi menjimatkan kos dan masa.

Jelas Khairy, jika perlumbaan ini mengikut tradisi seeperti sebelum ini dimana memulakan perlumbaan di langkawi dan menjelajah di seluruh negara, ia akan memakan belanja yang besar serta mengambil masa yang panjang untuk menamatkan kejohanan ini.

Jika alasan ini diberikan Khairy, adakah ini bermakna kejohanan berbasikal ini bakal melenyapkan nama Langkawi pada tahun-tahun akan datang?? Kalau begitu elok saja nama LTDL di tukar kepada LTDM (Le Tour De Malaysia).

Turut menjadi persoalan, adakah alasan yang diberikan Khairy ini munasabah untuk diterima? Khususnya kepada penduduk Langkawi yang sentiasa menanti kejohanan ini setiap tahun, bagi mendapat sedikit sebanyak sumber rezeki dari tempias kejohanan itu??

Justeru itu, Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan perlu mencari jalan untuk menghangatkan kejohanan ini dari tahun-tahun sebelum ini... Bukannya hanya pandai memberi alasan jimat kos atau sebagainya....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment