Wednesday, January 06, 2016
Arahkan Mujaheed Menjawab Isu Kem Tentera Israel Taktik Dap Mahu Alihkan Isu
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman
Toha berkata, tindakan Dap tidak menjawab soalan Pengarah Operasi Pusat
Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung isu perjanjian
untuk membina kem tentera Israel di Pulau Pinang seperti yang didedahkan
oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Razali Abdul Rahman, merupakan
taktik parti tersebut untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu
utama.
Menurut beliau, ianya merupakan satu taktik politik Dap untuk
berusaha mengalihkan isu tersebut apabila mereka sendiri tidak menjawab
persoalan itu sebaliknya meminta pemimpin PAN, Mujahid Rawa menjawab isu
tersebut dengan harapan supaya perdebatan itu berlaku antara Dr. Zuhdi
dan Mujaheed Rawa dan menenggelamkan isu yang sebenar.
“Inilah taktik kotor Dap yang cuba mengalihkan isu utama dengan
meminta Mujaheed dari PAN sebagai rakan sekutu mereka untuk menjawab
persoalan tersebut. Mereka mahu alih perhatian rakyat daripada isu pokok
iaitu benar atau tidak perjanjian tersebut berlaku antara Dap dan
Israel dan menjadikan Mujahid sebagai kambing hitam bagi tujuan
tersebut.
“Dap
mengharapkan agar campur tangan Mujahid dalam isu ini akan menyebabkan
fokus rakyat dan perdebatan tidak lagi kepada isu kem tentera Israel
tersebut, tetapi akan beralih kepada perdebatan antara Mujahid dan Dr
Zuhdi yang pernah duduk di dalam satu parti sebelum ini,” jelasnya
kepada pihak media di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa tindakan Mujaheed yang
menjawab persoalan ini bagi pihak Dap seolah-olah memperlihatkan
kebenaran desas desus selama ini bahawa memang benarlah PAN ini
merupakan parti yang menjadi budak suruhan Dap.
“Kalau nak diikutkan kronologi penubuhan PAN itu sendiri, Dap
merupakan parti yang pertama mengalu-alukan kewujudan PAN. Dap merestuai
di atas penubuhan PAN adalah kerana parti tersebut sememangnya mahu
mencari sebuah parti Melayu Islam yang boleh diharapkan untuk membela
pendirian pakatan baru berhubung isu-isu Islam, Melayu dan Raja, setelah
Pas memutuskan hubungan dengan Dap.
“Selain itu, saya melihat PAN juga akan digunakan oleh Dap sebagai
senjata untuk menyerang terhadap institusi keMelayuan dan Islam serta
untuk menyerang parti-parti Melayu Islam seperti UMNO dan Pas.
Bagaimanapun, saya yakin PAN tidak akan bertahan lama bersama Dap kerana
PAN hanya dipergunakan oleh Dap sementara mereka berusaha merekrut
lebih ramai orang Melayu masuk di dalam Dap.
“Dan hari ini, dengan pembelaan Mujaheed terhadap isu kem Isreal yang
sepatutnya di jawab oleh Dap sendiri, seolah-olah membuktikan bahawa
memang benarlah parti PAN ini dijadikan budak suruhan oleh Dap sebagai
benteng pertahanan mereka bagi menjawab isu-isu yang berkaitan dengan
Islam dan Melayu,” tegasnya.
Bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Razali Abd Rahman
telah membangkitkan isu ini kira-kira empat tahun lepas namun tidak ada
sebarang jawapan daripada Dap berhubung tuduhan tersebut.
Dan baru-baru ini, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikkan Pas, Dr Mohd
Zuhdi Marzuki sekali lagi membangkitkan kenyataan Razali berhubung
pembinaan kem tentera Israel di Pulau Pinang itu dan meminta Dap
menjawab dan memberikan penjelasan kepada rakyat di negara ini
berhubung isu tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment