Wednesday, January 06, 2016

Azmin Adalah Bapa Munafiq di Selangor

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah berjaya membuktikan bahawa sebenarnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah seorang penipu besar.

Penipuan Azmin terbongkar selepas kertas MMKN (Mesyuarat Exco) bocor, lantas membuktikan bahawa dia sebenarnya berbohong. Chegubard mendakwa, Azmin berbohong atas kenyataannya yang menyebut syarikat yang mendapat kawasan balak seperti SAMM telah didedahkan melalui tender terbuka. Tetapi sebenarnya tidak.

Selepas dipersoalkan, Azmin dilihat tidak mampu untuk membuat penafian dan jelas menunjukkan bahawa dia gagal untuk menutup lubang penipuan yang diciptanya. Semasa sidang media Azmin pada Selasa lalu, dia langsung tidak membuat sebarang penafian. Ini bermakna tidak mustahil dakwaan Chegubard itu adalah benar.

“Soalnya sekarang saya fokus dengan jawapan Azmin yang dia sebut tender terbuka dan ia ternyata menipu, dia tak menafikan pun yang dia tidak menipu dan kalau betul ada tender terbuka, yang ada dalam tangan saya adalah kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tertakluk rahsia rasmi kerajaan.

“Azmin gagal sangkal dakwaan dia menipu sebab memang tiada tender terbuka,” katanya.

Sebaliknya, Azmin mencabar Chegubard untuk melaporkan salah lakunya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya Chegubard benar-benar mempunyai bukti atas dakwaan yang tiada tender dibuat secara terbuka.

“Saya akan sahut cabaran Azmin untuk laporkan kepada SPRM, cuma saya nak kata Azmin sepatutnya perlu mengaku berbohong dan meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak bersikap telus dalam mentadbir negeri Selangor, ini memalukan parti dan rakyat negeri selangor apabila Azmin ternyata menipu.

“Saya belum masuk fasa siapa dapat dan bagai mana dia dapat projek balak jutaan ringgit, saya akan dedahkan nanti,” ujarnya.

Sudah la Azmin tidak mahu mengaku salah, malah sempat lagi dia menggelar Chegubard sebagai pencacai dan hanya tahu menyalak. Mungkin Azmin terlalu panik sehingga dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya. Biasa lah, orang buat salah memang gabra sikit.. Ye tak?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment