Wednesday, January 06, 2016

Bandar Malaysia : Fahamlah Sekarang Kenapa Tony Taknak Berdebat Dengan Arul Kanda

IMG-20160106-WA0014
Kejayaan 1MDB menyelesaikan masalah hutangnya mengikut tempoh yang ditetap kerajaan, merupakan satu ‘tiupan maut’ membawa angin malu yang besar kepada pembangkang dan sekutu mereka Tun Mahathir Mohammad.

Dapat dosa kering macam itu sajalah penyokong pembangkang dan Mahathir bila hutang 1MDB yang dikatakan telah hilang ni sebenarnya memang wujud, aset yang menyebabkan hutang itu pun ada dan pelaburan tersebut memang ada nilainya tersendiri sehingga banyak syarikat membida untuk mendapatkannya.  Dulu sibuk hutang hilang, sekarang bila hutang itu wujud dan sudah dibayar, apa lagi masalah kau – ringkasnya begitu.

Dalam kes Bandar Malaysia, syarikat yang berjaya mendapat 60% ekuiti dari 1MDB adalah konsortium syarikat dari Johor dan juga negara China.

Kejayaan ini mendatang rasa tidak senang di kalangan pembangkang yang sama-sama dengan Muhyiddin termakan penipuan Mahathir.  Antara yang terkesan paling teruk ialah Tony Pua, tanpa sebarang fakta pernah menuduh tanah itu dinilai secara membabi buta.

Belum berapa lama dulu,  bila 1MDB kata nilai Bandar Malaysia (dan liabilitinya) adalah sebanyak RM 11 billion, Tony Pua kata nilai itu sengaja diperbesarkan, sepatutnya RM 4.2 billion kata dia.  Sekarang bila 1MDB memuktamadkan urusniaga itu sebanyak RM 12.35 billion, si Tony persoal jumlah tunai yang dibayar pulak.

Mengaku cerdik dan ada kelulusan pelbagai, tapi macam mana tak tahu dalam pengambilalihan macam ini, syarikat yang mendapat ekuiti itu bukan saja keluar wang untuk bayar 1MDB, liabiliti projek yang diperoleh pun di ambil alih sekali.

Sekarang fahamlah kenapa Tony ke dalam telurnya bila Arul Kanda sahut cabaran berdebat.  

Fahamlah kenapa Tony bagi pelbagai alasan untuk tidak berdebat dengan Arul Kanda sehingga orang lain terpaksa dicalonkan untuk menggantikannya.

Di sebalik perwatakan macam cerdik tu, Tony sebetulnya hanya kaki putar alam, bukan tahu apa benda pun.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment