Andaikan PAS terpecah lagi kepada satu parti baru selepas Amanah, nescaya parti baru tersebut tetap mendapat tempat di hati Azmin Ali mahu pun DAP.
Betapa bertuahnya Amanah yang diberitakan
perlu diberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui
perlantikan jawatan di PBT di Selangor. Azmin Ali berkata, kerajaan
negeri perlu bersikap adil kepada “baby” sulung DAP itu.
Jika benar, kerusi-kerusi untuk jawatan
di PBT tersebut haruslah diambil dari peruntukan kerusi yang sebelum ini
dimiliki oleh DAP dan PKR khususnya, tanpa “mencuri” mana-mana kerusi
PAS sebagai tanda bahawa PAS tetap “rakan” utama PKR di Selangor.
Pun begitu, apakah PKR, dan terutamanya
DAP sanggup melepaskan bilangan kerusi yang telah mereka nikmat
kemanisannya kepada Amanah?
Jika ya, maka teramatlah berutungnya
Amanah, kerana kelahirannya disambut dengan meriah oleh PKR dan DAP.
Kemeriahan ini tentunya memberi isyarat tertentu kepada PAS.
Amanah, yang lahir dari perpecahan PAS
dan diiktiraf sebagai rakan utama tidak perlu risau dengan dokongan dan
sokongan yang mereka miliki dari DAP dan PKR.
Secara tidak langsung, PAS menerima
akibat dan terpaksa menelan hakikat bahawa perpecahan yang mereka alami
adalah satu rahmat kepada PKR dan DAP.
Selaku antara parti utama di dalam
Pakatan Rakyat, kekuatan PAS adalah jelas. Memilih untuk “membela”
serpihan PAS adalah tidak ubah seperti sebahagian dari proses untuk
mengurangkan kekuatan PAS dan bakal membantu dalam proses pembahagian
kerusi pilihanraya kelak.
Jika Amanah semakin melebarkan sayapnya,
dan PAS merundum sokongannya, maka apa lagi hujah yang PAS mampu
utarakan. Sedangkan, ketika mempunyai kekuatan seperti sebelum lahirnya
Amanah, PAS juga hanya berstatus pak turut.
DAP sudah tekad untuk bermufaraqah dengan
PAS. Tiada lagi PAS di dalam barisan kerajaan Pulau Pinang kecuali
mereka-mereka yang mengiktiraf “Khalifah Umar”. Azmin Ali pula berkata
Amanah perlu diberi peluang.
Entah ke tidak PAS faham tentang permainan politik halus seperti ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment