Wednesday, January 06, 2016
DAP Perlu Perjelas Dakwaan Ditawar RM1.2 Bilion - Reezal Merican
KEPALA BATAS : DAP sewajarnya tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan
parti itu ditawarkan RM1.2 bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel
dibina di negara ini jika memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13)
yang lalu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata
DAP seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang
membuat dakwaan itu sekiranya ia tidak benar kerana tuduhan itu adalah
serius.
"Tindakan berdiam diri akan menyebabkan masyarakat beranggapan dakwaan
berkenaan adalah benar," katanya kepada pemberita selepas majlis
penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini
Selasa.
Pada 2 Januari lepas, sebuah portal berita melaporkan pemimpin DAP yang
juga Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata beliau akan
mengemukakan saman terhadap 'seorang pemimpin kanan politik' yang
mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya
membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya
memenangi PRU13.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment