Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah seorang yang gelojoh
dalam membuat sesuatu keputusan. Akan tetapi, beliau merupakan seorang
yang berfikiran rasional dan terbuka dalam semua perkara. Oleh sebab
itulah beliau sentiasa positif, dan tidak terburu-buru apabila dihimpit
krisis Menteri Besar Kedah.
Apa yang peliknya, Najib langsung tiada kaitan dengan krisis menteri
besar Kedah. Tetapi kenapa beliau pula dipalit tahi yang dibuat oleh dua
beranak Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz
Mahathir?? Hairan juga… Situasi tersebut telah menjerat Najib sehingga
memaksa beliau membuat keputusan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
menegaskan bahawa tidak sepatutnya Najib diasak bertubi-tubi supaya
keputusan dibuat secepat mungkin. Sebab Najib bukan individu yang jenis
mementingkan kepentingannya sendiri seperti dua beranak tu.
Perdana menteri hanya bertindak sekiranya beliau melihat sesuatu perkara
itu sudah tidak betul, dan kepercayaan untuk mentadbir negara sudah
dikhianati. Yela, siapa mahu pentadbiran diuruskan oleh pengkianat
negara, betul tak??
Rakyat dan pemimpin lain seharusnya tidak memaksa beliau untuk membuat
keputusan express, kerana tindakan itu pasti tidak akan memuaskan hati
semua pihak. Sekiranya keputusan telah dibuat Najib, pastinya beliau
telah mengambil kira kesemua pendapat dan hasrat yang telah dikongsikan.
"Dan walaupun semua pihak menjangkakan perkara yang lebih teruk,
sehingga menjangkakan bahawa negeri itu mungkin jatuh. Pada akhirnya,
segala-galanya diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati semua pihak
mahupun istana," kata beliau.
Najib bukan seperti Mukhriz dan Mahathir yang hanya tahu menjaga periuk
nasi dan kaum kerabat mereka sahaja. Mahu menjana kroni yang besar dan
kaya raya, sebab tu la sehingga sekarang dua beranak itu masih merasakan
diri mereka hebat dan berlagak pandai depan rakyat.
Setiap keputusan yang hendak dibuat mestilah melalui kroni-kroni bawahan
dan pihak atasan seperti kerabat diraja. Tujuannya bagi memperoleh kata
sepakat dan persetujuan semua pihak. Kalau nak ikut pendapat sorang
pihak sahaja, baik buang ja semua pemimpin yang berlagak pandai dan
tidak ikut haluan tuannya seperti yang terjadi kepada Muhkriz ni.
"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih
dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti, termasuk memperolehi
pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar."katanya
lagi.
Habis cerita, namun Najib tidak mementingkan diri sendiri tetapi memilih
untuk bertindak secara professional. Pastinya beliau mahu memberi
peluang kepada "pengkianat" tersebut untuk bertaubat. Tapi kalau tak
mahu bertaubat, dipersilakan berambus jela.
Walaupun hampir kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bahagian di Kedah sudah
muak dan meluat dengan Mukhriz, tapi anak Mahathir tu masih lagi
merasakan dirinya hebat dan mempunyai ramai penyokong. Mungkin Mukhriz
tidak sedar, yang ramai pemimpin sudah tidak mempercayai kepimpinan
beliau sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan UMNO negeri..
Dia sahaja yang tidak sedar dan terus mengheret Najib untuk bertindak demi
rakyat. Jadi sekiranya keputusan telah dibuat, pastinya itu adalah
keputusan yang terbaik dari Najib setelah mengambil kira terhadap
kepentingan dan kebaikan semua pihak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment