Wednesday, January 06, 2016

Orang Sabah Kini Sudah Pandai Buat Fitnah.. Tahniah PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya sudah mula meluaskan aspek bidang mereka dengan mengajar budak-budak suruhan, cara memfitnah dengan gaya cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jika sebelum ini orang Sabah dilihat jarang sekali menyebarkan berita tanpa bukti yang kukuh, tapi sekarang ini semuanya sudah berubah. Seorang budak PKR Sabah yang menggunakan akaun twitter @adrianlimcheeen, bertindak cemerlang dengan menyebarkan satu fitnah mengenai sebuah asrama sekolah di Sabah.

Pada hari pertama persekolahan, anak buah PKR memfitnah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid di Sabah. Atas dakwaan, pihak asrama terbabit menyediakan tilam buruk kepada penghuni asrama sekolah tersebut. Fitnah tersebut kemudiannya menjadi viral dan buah mulut netizen di media sosial.

Orang suruhan PKR itu kononnya, nak menghebahkan tindakan 'zalim' sekolah tersebut kerana menyediakan tilam buruk sebagai alas tidur pelajar. Padahal gambar yang diambil oleh salah seorang ibu bapa pelajar terbabit, hanyalah salah faham.

Sebenarnya tilam buruk itu dikumpulkan bagi tujuan pelupusan. Tetapi bila dapat je gambar tu kat tangan anak buah Rafizi ni, terus disebarnya fitnah mengenai tilam tersebut. Adrian menjadi punca kepada viralnya gambar tersebut dan tersebarnya fitnah.

Hairan jugak kita, sebelum ni rakyat Sabah memang pantang dengan memfitnah ni. Entah pemikiran apa yang berjaya merasuk orang Sabah untuk memfitnah ek?? Nampaknya PKR telah berjaya menjadi guru cemerlang dalam subjek memfitnah.

Mungkin juga Adrian ini mendapat pendidikan khusus dari Rafizi, dan tidak mustahil Fahmi Zainol adalah idola budak pengfitnah ini. Patut la cekap sangat buat kerja, memang hobi dorang pun fitnah memfitnah ni. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment