Wednesday, January 06, 2016
PAS Bakal Disingkirkan Di Dalam Perjanjian Baharu Pakatan Harapan??
Khabar angin bertiup kencang mengatakan perjanjian yang bakal
dibincangkan Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu ini, akan memusnahkan
perjuangan Pas sebagai rakan parti pembangkang, sekaligus akan
membuatkan wakil-wakil Pas kehilangan kedudukan di dalam kerajaan negeri
dibawah pentadbiran parti PH.
Selain itu, khabar angin turut mengatakan perjanjian tersebut akan
memastikan kerusi Pas sebelum ini akan diduduki dan ditandingi oleh
parti bongsu dalam PH, iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan PH akan
menyekat impian Pas untuk bertanding di kerusi DAP dan PAN.
Persoalannya, bersediakah Pas untuk mengalami semua ini sebaik sahaja
PKR, DAP dan PAN selesai mengadakan pertemuan pada Sabtu ini?? Jika
benar keputusan khabar angin ini, Pas terpaksa redha menerima perkara
ini ekoran kedegilan untuk tidak bersama Barisan Nasional (BN)/Umno.
Seperti yang disangkakan, keputusan Pas untuk tidak bersama BN/Umno
telah menggembirakan puak-puak PKR, PAN dan yang lebih bergembira dengan
berita itu tentulah puak parti cina cauvanist.
Ekoran kedegilan Pas untuk bersama BN/Umno itu, Pas bakal kehilangan
rakan sekutu dalam parti pembangkang dan berkemungkinan besar juga Pas
bakal kehilangan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor sepertimana
yang berlaku di Pulau Pinang.
Mungkin Pas tidak kisah kehilangan jawatan dalam kerajaan negeri
Selangor , tetapi adakah Pas sudah bersedia kehilangan kubu kuat di
Kelantan kepada PAN?? Jika Pas mahu merasai kehilangan kerajaan Kelantan
yang diusahakan ulama Pas terdahulu, Pas bolehlah meneruskan
kesombongan mereka untuk tidak menyertai Umno dalam BN.
Apa yang perlu diingatkan kepada Pas, PH kini sedang diketuai oleh DAP
yang mahu menguasai negara dan mahu negara ditadbir dengan cara tidak
berlandaskan syariat Islam.... Adakah Pas mahu melihat umat Melayu di
negara ini diseksa oleh pentadbiran parti cina cauvanist ini???
Jangan hanya kerana mahu menjaga hati rakan sekutu, Pas sanggup menolak
pelawaan Umno dan membiarkan umat Melayu di negara ini terus diseksa
oleh pentadbiran cina cauvanist seperti yang berlaku di Pulau Pinang..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment